Thursday, May 23, 2013

Asam pedas ayam


Assalamualaikum dan salam hari Khamis.... hep..hep.. horay! esok bermula cuti-cuti Malaysia.... Selamat bercuti kepada anak-anak dan cikgu-cikgu sekolah... kepada emak-emak dan bapak-bapak jom kita bawa anak-anak makan angin atau balik ke kampung bertemu datuk nenek dan sanak saudara...

Kenduri kahwin?? Musim cuti sekolah ni memang ramai orang buat kenduri kahwin... bersusun kad jemputan dan kenduri yang perlu dihadiri... kenduri sanak saudara, kenduri jiran tetangga, kenduri sahabat handai dan kenduri anak beranak sendiri... kalau diberi kesempatan eloklah kita penuhi semua jemputan tapi maklumlah... mana yang mampu kita tunaikan alhamdulillah... yang tidak mampu tu... kita ziarahlah mereka di kesempatan yang lain... moga hubungan silaturahim dapat dieratkan sentiasa....tak gitu?


Baiklah, menu dapor gee-hut hari ini asam pedas ayam... suka tak asam pedas? kalau tanya orang Johor atau orang Melaka sah sah kata suka kan...? kata orang, asam pedas Melaka memang power!  Apa kata tengahari ini kita masak asam pedas nak..? Tapi bukan Melaka stail yer... gee-hut stail noooo.....



ASAM PEDAS AYAM
Rujukan : Ayu Singapore,
Olahan ikut citarasa : gee-hut

1 ekor ayam kecil potong ikut suka
4-5 sudu besar cili kisar + 1 cm belacan bakar
1 sudu kecil bawang putih kisar
2 sudu besar bawang kisar
1 sudu besar halia kisar
1 sudu besar kunyit serbuk (k.gee letak kunyit hidup 1 inci)
2-3 keping asam keping (k.gee letak 1 sudu asam jawa)
2-3 cawan air
Sedikit belacan (k.gee tambah bersama bahan kisar)
1 batang serai dititik
Segenggam daun kesum
Tomato atau bunga kantan
Gula (k.gee tambah)
garam dan serbuk perasa secukupnya


Caranya :-
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga garing dan naik baunya. Masukkan serai dan kacau. Masukkan ayam dan gaul rata. Masukkan air dan biarkan hingga mendidih. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa dan masukkan asam keping (air asam jawa), bunga kantan, tomato dan daun kesum. Tambah air jika perlu. Kecilkan api dan biarkan hingga betul betul masak dan kuahnya pekat baru matikan api. Sedia dihidangkan. 



Memang beessssttt..... !!

12 comments:

Yatie said...

my fav asam pedas.....sedapnyaaaaa....menyelerakan sungguh..

Rohah said...

dah sebulan rasanya tak makan asam pedas..kuahnya nmpak pekat, kita sukee..

Sweet red cherry said...

salam kak gee..

wah, telan air liur tengok menu asam pedas ayam tu..sedapnyaa..

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak..Saya pun sukeee asam pedas tak kira apa isi pun..Klu jumpa restoren asam pedas mesti rasa nak mencuba..Tapi klu ada masa boleh masak ni kat rumah..

suryabil said...

Sedap...kuah tu yg mengncam tu..

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Kak Ros tak pernah masak asam pedas ayam. Kena cuba la kot.

Amie said...

amat amat amat menyelerakan!

ady said...

salam
npk menyelerakan asam pedas ayam tu..

Unknown said...

ngancam tgk kuah akak..sedapnye asam pedas ayam ni..lama xmkn..

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam kgee
bestnya cuti2 leh jln, kita. Kat umahnya je
lapar tgk asam pedas ayam ni
sedapnya

tun_telani said...

Salam kak gee.. dh lama xmakan asam pedas ayam.. nmpk cantik merah kaler dia. lg pedas lg sedap nih.

rahel said...

waaa...hidangan ayam asam pedas yang menyelerakan...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015