Wednesday, May 22, 2013

Pengat pisang kuah putih


Assalamualaikum dan salam ceria semua... Pagi ini cuaca sungguh nyaman selepas hujan lebat turun dengan lebatnya lewat petang semalam... pokok2 kelihatan hijau, segar dan sihat... sempat juga k.gee menjengok pokok mangga di belakang rumah yang sedang meriah berbunga dan kelihatan putik2 muda... tak sabar nak rasa buah sulung pokok mangga ni... harap2 sedap buahnya...


Sementara tunggu buah mangga masak, jom kita usha pulak apa menu di dapor gee-hut hari ini... pagi2 lagi sudah ada pengat pisang nangka kuah putih.... Sebenarnya ini menu minum petang semalam semasa hujan turun mencurah-curah...  lepas semangkuk semangkuk menghirup pengat pisang sambil kunyah2 pisangnya yang liat dan masam2 manis tu... memang faberet k.gee...! slruuup... slruuuppp sambil berangan-angan nak pergi bercuti hujung minggu ini... hehehe



PENGAT PISANG

Bahan2:

5 biji pisang nangka - potong bulat
500g santan pekat
500g santan cair
1 sudu sagu
Sehelai daun pandan - simpulkan
1 cawan gula
Secubit garam


Cara2:

1. Dalam periuk yang besar, masukkan santan cair, pisang dan daun pandan.  Didihkan.
2. Kemudian masukkan pula gula, garam dan santan pekat. Kacau sebati.
3. Akhir sekali masukkan sagu mata ikan.  Boleh terus matikan api dan sedia dihidangkan.
 

Yummy...yummy..!!


5 comments:

Mel said...

Sedapnya..lama sudah mel tak makan pengat..alahai..kak gee tayang menu yang sedap2 ni..terliurrr

Mori Said said...

Kita suka pengat pisang... Klu dpt mkn sejuk2 simpan dlm peti ais... Pergghhh maveles nyer..

suryabil said...

Tgok pengat pisang ni..rasanya lama dh x buat...klau sury buat ni tambah macaroni sikit..sedapp tau..:-)
Terguda i tau...hhehhe

Sweet red cherry said...

salam kak gee..

em, sedap..nyum2.

zila norazila said...

Zilavsuka mkn pengat time pnas2 ..sedapnye..lg2 letak pisang tu byk..ishhhh

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015