Sempena bercuti Hari Hol semalam, sempat jugalah k.gee mengemas rumah yang hampir-hampir digelar tongkang pecah ni.... Susun sana susun sini atur sana atur sini.. clearkan kain baju yang berlonggok-longgok... huh! baru ada gaya rumahku syurgaku... hehehe... al-maklumlah tuan rumah kebizian kununnya.... ahai!
Biasalah... wanita berkerjaya, kan... memang banyak cabarannya... urusan di pejabat dan tanggungjawab dalam rumah tangga harus berjalan seiring... pandai-pandai lah kita menguruskannya...
NANGKA n AYAM MASAK LEMAK CILI API
Bahan-bahan;
Nangka muda - dipotong kecil dan dicelur
5 ketul ayam - dipotong kecil
1 mangkuk pati santan
Serai di titik
Daun kunyit
Asam keping
garam secukupnya
Bahan untuk dikisar/tumbuk
10 biji cili padi
4 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup
Cara-caranya;
Panaskan periuk bersama sedikit minyak. Masukkan bahan yang dikisar, serai dan ayam. Gaul sebati dan biarkan merenih seketika. Masukkan santan, nangka, daun kunyit, asam keping dan garam, kacau sehingga kuah pekat dan nangka masak. Angkat dan hidangkan.
Selera kampung memang power !!
cubalah....
13 comments:
Sedapnya menu mcm ni, biasa jumpa klu time kenduri kat kg, sb nangka free kan
org kampung mmg terbaekk....eh, menu kampung. hehe
as-salam
wow!!! sedapnye masakkan kampung..kena dgn nasi panas2 ni...
memecah selera...ada ikan masin tak kak?
Sedapnya masakan kampung macam ni...makan dengan nasi panas2..pasti bertambah..nyum2
salam kak..
selera kampung sentiasa memikat hati..
salam kak nor..
nampak menarik hokkaido chiffon ni dengan filling strawberi..
Lama dah tak menjamu nangka..Sedapnya!
a very special recipe, I have never tasted nangka in cooking. Thanks for sharing.
mmg sedap sangat,..blk kg tu hari takk sempat nak masak...
lauk kampung lerrrr yg buatkn kg ucu x turun2..hahaha...
tapikan setakat ni ucu blm pernah lg masak mcm k.gee tu, makan selalu.....dasar org malaskan ucu ni...:)
Salam kenal Gee.
Bestnya singgah dapur Gee, terliur ummi tengok lauk tu Gee,makan dengan nasi panas2 mesti sedap sangat tu.
wah lauk ni mmg tbaekk...sedap..bru mgu lps mkn lauk gini..
Post a Comment