Wednesday, September 4, 2013

Mee bandung 5 bintang


Salam Rabu dan salam ceria buat semua teman2 yang dikasihi... jom santai2 hayati bait bait lagu hitam putih kehidupan yang sungguh indah buat renungan kita bersama.... jom..!

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

 Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan

Hidup ini usah persiakan...



Oklah, mari layan mee bandung gee-hut pulak... best...!! Terima kasih kepada penyumbang resipi mee favourite k.gee yang sangat sedap dan menyelerakan ini... minta izin cnp di sini yer....


MEE BANDUNG MUAR
Sumber dan cnp : MaDiHaA a.k.a Ratna
Resepi : Sabrina


Bahan-bahan untuk kuah:

Utk dimesin

5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah

Bahan lain:

300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional
cili jeruk ~ kalau suka
Bahan-bahan untuk cili jeruk:

3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)

Cara-cara:

1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.

2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)

4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.

5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.

Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...

6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.

7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.

8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.

Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe

9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)



Sedaaapnyaaa..... kasi 5 bintang !!


Jemputlah....


8 comments:

fazianbatrisyia said...

sedapnya...numpang tengok aje lah..bila nak buat ni...tak boleh jadik

Acik Erna said...

tengok gambar pun dah nampaksedap sangat gee

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

ni kalau sy yg makan ada melimpah keluar dari mangkuk ni, sebab sedap sangat, hehehe

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

alhamdulillah... memang mee bandung resepi sabrina ni sgt2 superb di tekak akak juga. t.kasih mencuba ye gee. akak mmg selalu guna resepi ni bila nak msk mee bandung..

tgk mee bandung ni buat akak teringat kejadian dibulan ramadan lalu... hubby akak ada beli daging batang pinang.. tp bila nak msk mee bandung cari daging tak jumpa2.. rupa2nya mgkin akak terbuang tanpa sengaja sbb daging tu hanya 200 gm je. kebetulan masa akak nak buang lemak ayam yang akak letak dlm freezer terbuang sekali dgn plastik kecik yg ada daging gamaknya.. aduhhhh.. ralatnyaaa... dahla daging tu mahal.. huhu.. akak mmg selalu simpan dulu lemak2 & kulit ayam dlm plastik kecik & letak dlm freezer kalau sampah belum penuh. sbb kalau buang dlm tong sampah nnt sampah cepat berbau maklumla.. sampah nak penuh mkn masa 2, 3 hari.. baru pg buang.. rumah apartment kan.. kalau rumah bawah ni xpe.. boleh buang tiap2 hari guna plastik sampah kecik.. hehe.. tulah kenangan akak dgn mee bandung yg tak jadi buat gara2 daging akak hilang.. hehe..

rostina76 said...

emmmmm…….terliuq nengoknye. masyaAllah

tun_telani said...

Salam kak gee.. 5 bintang tuuu.. kompom sedap nih..tun jarang2 masak daging, tp kalau guna ayam dh x jadi mee bandung la kan. hihi

JunAina said...

Menggoda betul mee bandung ni...tambahan pula orgnya pandai pulak capture gambar.

Amie said...

Gee... saya tambah lagi 2 bintang jadi 7 bintang!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015