Sunday, October 19, 2014

Kaswi Pandan


Salam pagi minggu... syukur alhamdulillah pagi minggu yg nyaman ini dapat menikmati udara yg segar selepas hujan malam semalam sambil melayan tekak dengan keenakan kuih warisan kuih kaswi beraroma pandan bersama kopi-o panas... aaarghh..! nikmatnya....


Tiada yang lebih bermakna dari nikmat badan yang sihat kan..? haisy...! terasa hilang nikmat dunia seketika bila terlantar di hospital hanya dijamu pil-pil dan disuntik ubat-ubatan.... walaupun ada sajian yg enak-enak tetapi ujian tekak yg ditarik Allah seketika membuatkan semua sajian terasa hambar tawar dan kosong... Astaghfirullah... semoga kita insaf atas dosa-dosa yg kita lakukan dan sentiasa bersyukur atas rezeki kesihatan yg dipinjamkan...  



KUIH KASWI PANDAN

2 cawan tepung gandum
4 cawan air pandan
1 1/2 cawan gula pasir
2 sudu besar tepung beras
Pewarna hijau
2 sudu kecil air kapur makan

Cara:

1. Masukkan kesemua bahan ke dalam bekas dan kacau rata. Tapis.
2. Sediakan loyang atau acuan, sapu sedikit minyak dan tuang adunan tadi.
3. Kukus selama 30-40 minit.
4. Setelah masak, sejukkan dan gaul dengan kelapa parut putih yg dicampur sedikit garam.



bila badan sihat baru boleh makan macam-macam kan...
jemptlah....




2 comments:

Amie said...

Memang Gee.... kalau dah jatuh sakit, semua yang sedap tidak menyelerakan lagi... jaga kesihatan Gee, banyak2 berehat, dengarnya darah rendah ye.. take care dear!

Anonymous said...

Assalamualaikum Gee...banyak kan rehat..jaga kesihatan..amboi mengancam sungguh kaswi pandan Gee ni...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015