Friday, November 9, 2012

Agar-agar santan


Hari Jumaat ini menu ringkas saje dari K.gee... agar-agar santan... slrup! licin jer lalu kat tekak kan..?! Dulu agar-agar disediakan untuk dessert atau pencuci mulut selepas makan... biasanya dicurah dalam loyang dan dipotong begitu sahaja tapi sekarang agar-agar sudah naik standardnya... ia sudah mula dikomersialkan dengan aneka rupa, rasa dan gaya... K.gee amat terpesona dengan agar-agar yang cantik dalam bolg  Citarasawan... pergh ! sangat menarik dan menambat hati.. Sesiapa yang berminat nak tempah agar-agar dan puding untuk hantaran atau majlis pertunangan bolehlah ke bolg Citarasawan yer...




AGAR-AGAR SANTAN

1 paket agar-agar
1 liter air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna/ sirap ros


CARA-CARA

Rebus agar-agar bersama air dan daun pandan.  Masukkan gula dan kacau.   Satukan telur dan santan dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi.  Tambah pewarna sirap ros dan sedikit garam. Biar mendidih dan tutup api.  Angkat dan tuang ke dalam acuan.  Sejukkan.



 agar-agar k.gee ni boleh buat bisnes ke..? 
hehehe


Thursday, November 8, 2012

Kek Pandan choc rice


Salam ceria semua... hari ini k.gee tertinggal ketapi... tengahari baru muncul... hehehe... nak tahu kenapa? K.gee melaksanakan tanggungjawab seorang isteri...!! ahai! mengada kan bunyinya... gurau2 saje... Sebenarnya suami terchenta nak ke luar daerah, jadi kelam kabutlah sikit si isteri menyediakan kelengkapannya... sebelum berangkat sempatlah k.gee hidangkan bihun goreng bersama kek pandan ini... tapi hb jamah sikit sahaja sebab katanya nak bf dengan sahabat lama di sana nanti... Apapun k.gee doakan perjalanan hb selamat dan dipermudahkan segala urusannya... InsyaAllah


Kek pandan choc rice ini k.gee olah resipi kek kelapa pandan dari dapur Kak Ummi.. tetiba rindu dendam pada k.ummi... semoga beliau sihat sejahtera hendaknya... Kek asalnya ada kelapa kering dan susu tapi k.gee ubah sikit kepada choc rice dan santan... keknya tetap gebu dan paduan pandan dan santan tetap membangkitkan aroma nya... tobat sedap!! Terima kasih kepada K.Ummi dan CMG yang mengilhamkan kek yang sedap ini... dan mohon izinkan resipinya di abadikan di dapor gee-hut pula yer..



KEK PANDAN CHOC RICE
Resipi asal : CMG
Olahan :  gee-hut

Bahan A:-


1 cawan susu segar* (k.gee gantikan santan KARA)
1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam) (k.gee gantikan choc rice)
125 g mentega
1/2 cawan gula halus (gula kastor)
2 kuning telur (gunakan telur gred A)
1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak
1 camca teh pandan paste

Bahan B:-

2 putih telur
1/2 camca teh cream of tartar
1/4 cawan gula halus

Cara membuatnya:-


1.Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.

2.Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengn cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.

3.Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14cm x 21cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam.
 

Wednesday, November 7, 2012

7eleven ~ 20th anniversary♥♥


Mari kita mari kita
Bergembira tepuk tangan sama-sama
Kita menari sambil langkah kanan kiri
Goyang badan goyang kaki
Hoore hoore hip hip hoore
Hoore hoore hoore hoore
Hip hip hoore hoore hoore


Bergembira
Bergembira ha ha ha ha
La la la la la la la la
Bergembira


Goyang pinggang goyang badan
Jangan malu dan segan
Kuat lompat jangan rapat
Biar cepat jangan lambat
Jangan sampai terperanjat


Sambil menari sambil menyanyi
Kita bersenang hati
Habis menari kita berhenti
Makan minum sudah ready
Janganlah tunggu lagi...

 

Syukur...syukur...syukur Ya Allah
Syukur alhamdulillah....
20 tahun bersamamu sayang....
chenta kamu hingga ke syurga...♥♥
aminnn.....

Tuesday, November 6, 2012

Puding belang


Assalamualaikum... kawan2 sihat ke? haaaaacumm!!! Lorrr... selsema rupanya... dah dekat sepuluh kali terbesin ni tau...!! hidung ni pun rasa macam nak tercabut... kesiannya... cepat2 pergi klinik dan ambil ubat ye... kalau melarat nanti susah pulak... siapa nak uruskan makan minum anak2 dan cik abang tu kan...  


Nampaknya bunga-bunga musim tengkujuh sudah mula menjelma... berhati2 lah ye terutama yang tinggal di kawasan yang rendah dan sering dilanda banjir..  anak2 kecil perlu diawasi kerana mereka suka bermain air dan menganggap musim tengkujuh adalah pesta...


Musim tengkujuh begini sesuai ke makan puding yang sejuk-sejuk...? hehehe... memandangkan ada stok roti yang tak ditegur sejak beberapa hari, k.gee pon merajinkan diri lah memuding... layan ajelah karenah tekak yer...

PUDING ROTI CHOC & JAGUNG
Resipi dari : Ibu Manja

Bahan-bahan

4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat (k.gee tak letak)
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - boleh kurangkan
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air
2 sudu besar serbuk koko (boleh juga guna choc emulco)
1/2 cawan jagung krim dlm tin (k.gee tambah)

Cara-cara

Didihkan 3 cwn air, serbuk agar2 n gula ke dalam periuk. Blend roti, telur, susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal (k.gee letak jagung krim) dan satu adunan masukkan serbuk koko atau choc emulco. kacau cepat2! Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis atau me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding atau agar2 nie mudah sejuk atau membeku. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dimakan ketika sejuk.  Sedapppp.... 


nyam... nyam..!!


Sunday, November 4, 2012

Wajik @ nasi manis


Biasanya wajik ni muncul  pada hari raya, majlis pertunangan atau kenduri kahwin... Selain dijadikan hantaran dan bunga pahar, wajik juga kekadang dijadikan goodies untuk para tetamu.. . Tapi wajik di pondok k.gee hari ni bukan untuk para tetamu... tuan rumah tetiba teringin nak makan yang manis2.... lagipun beras pulut baki buat lemang raya haji itu hari masih ada, elok sangat lah tu jangan membazir kan...


Wajik ini bonda k.gee yang godek2kan... mmm...memang sedap... paling k.gee suka wajik yang lembik dan ala-ala cair gitu... pergh! sampai menjilat senduk jari you..! nyam2x. 


WAJIK (Citarasa Bondaku)

Bahan-Bahan

1 kg pulut
1 kg gula pasir
300 gm gula melaka
2 helai daun pandan
1.5 liter santan pekat
Air
sedikit garam

Cara:

Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Kemudian pulut dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gula melaka, gula pasir, garam dan daun pandan dengan 1½ cawan air sehingga gulanya larut. Kemudian tapis. Masukkan santan ke dalam gula ini dan masaklah sehingga pekat dan bertali. Setelah itu baru dimasukkan pulut. Kacau dan masak lagi sehingga adunannya agak kering, keluarkan daun pandan tadi.. tuang kedalam loyang. Sejukkan dan bolehlah dimakan.  Orang kata kalau nak sedap lagi bungkus dalam daun pisang atau upeh...



ada yang terliur ke? hehehe...

Friday, November 2, 2012

Sambal udang


Salam Jumaat semua.... semoga semuanya sihat dan ceria2 selalu... apa kata kita mulakan pagi ini dengan senaman yuk... tapi hati2 yer... jangan pulak buat gimnastik macam udang ni...bimbang patah pulak pinggang tu nanti... 1...2...3...  yeaaaaaarghhhh! jom exercise...


Apasal termengah2 tu... ? berat nak bawak badan ni kak... dah bertahun tak senaman... dulu masa sekolah memanglah tiap hari exercise...  udah tua ni tak ada stamina nak berkejar... exercise kat cerok dapor aje ler... sambil exercise sambil ngap... hehehe....   


huuuuu...letih exercise... landing time!
kik3x...


SAMBAL UDANG PETAI

Bahan-bahan:


200gm udang - buang kepala dan dibersihkan

sedikit petai (ambil isinya dan belah dua)
1/2 cawan kisar
3 ulas bawang merah (kisar)
1 biji bawang besar
sedikit air asam jawa
sedikit belacan
garam dan gula secukupnya

Cara-cara :

Panaskan sedikit minyak di dlm kuali. Tumis bahan2 kisar hingga garing.
Masukkan petai, gula, air asam jawa dan udang. Perasakan dgn garam.
Kacau sebati dan biar hingga mendidih dan pekat. Hidangkan setelah masak.

Thursday, November 1, 2012

Selamat Hari Lahir Sayang


Selamat hari lahir buat suami tercinta.... Semoga kehidupanmu dipenuhi dengan limpah rahmat, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, dipanjang jodoh serta kita kekal bahagia hingga ke hujung nyawa... Aminnn... HAPPY BIRTHDAY SAYANG...!!! Sori yer tak sempat nak buat kek... 


muaahhhs... i love you!


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015