Hari Jumaat ini menu ringkas saje dari K.gee... agar-agar santan... slrup! licin jer lalu kat tekak kan..?! Dulu agar-agar disediakan untuk dessert atau pencuci mulut selepas makan... biasanya dicurah dalam loyang dan dipotong begitu sahaja tapi sekarang agar-agar sudah naik standardnya... ia sudah mula dikomersialkan dengan aneka rupa, rasa dan gaya... K.gee amat terpesona dengan agar-agar yang cantik dalam bolg Citarasawan... pergh ! sangat menarik dan menambat hati.. Sesiapa yang berminat nak tempah agar-agar dan puding untuk hantaran atau majlis pertunangan bolehlah ke bolg Citarasawan yer...
AGAR-AGAR SANTAN
1 paket agar-agar
1 liter air
3 cawan santan pekat
1 1/2 cawan gula
1 biji telur
1 helai daun pandan
secubit garam
sedikit pewarna/ sirap ros
CARA-CARA
Rebus agar-agar bersama air dan daun pandan. Masukkan gula dan kacau. Satukan telur dan santan dan masukkan ke dalam periuk agar-agar tadi. Tambah pewarna sirap ros dan sedikit garam. Biar mendidih dan tutup api. Angkat dan tuang ke dalam acuan. Sejukkan.
agar-agar k.gee ni boleh buat bisnes ke..?
hehehe
2 comments:
cantik..sedap..sejuk je kan..
Salam ziarah, insya Allah, agar2 yg sedap n cantik ni blh dibuat busines yg menguntungkn.
jemput ke blog akak yg x seberapa di http://cheezemaz.blogspot.com/ . Boleh nikmati keenakan serbuk CHEEZE MAZ, yg bila dicampur air panas menghasilkan sos yg sesedap sos cheeze wedge di KFC. Harga pun murah, RM 10.00 shj untuk 200 gram
Post a Comment