Monday, November 12, 2012

Kek kukus cuti sekolah


Cuti sekolah sudah bermula... Horay!! seronok ya amat anak-anak kita yer.. ibu bapa pulak yang pening kepala... sah-sah kena bawa mereka berjalan-jalan makan angin atau paling tidak bawa mereka balik ke kampung... Layan aje lah yek... Lagipun hujung2 tahun begini memang musim bercuti dan musim naik pelamin juga...  dan ada satu lagi musim... musim doroyan...!!


Terus saje ke menu k.gee hari ini... Kek kukus polkadot...  keknya sangat sedap, sangat cantik dan kami semua sukakannya... memang berbaloi...! memang marvelous..! cuma part nak ambil gambar tu yg k.gee sedikit lemah... puas dah pusing sana pusing sini tonggeng terbalik... ini ajelah yang termampu... layan ajelah yer... hehehe


KEK KUKUS POLKADOT
(Nama asalnya Kek Kukus Coklat Polkadot)

Recipes by : Chef Jamie Jong
Sumber: Kak Wan @ Citarasawan

Bahan-bahan (loyang 8x8 in)

400gm mentega
200gm gula kaster (akak letak 185 gm je)
10 biji telur
180gm kaya (1 tin kecil)
100gm horlicks (k.gee tak letak)
30gm serbuk koko
150gm tepung gandum / tepung Hongkong
1 sudu teh baking powder
1 sudu besar chocolate emulco
Biskut jejari secukupnya

Cara-cara :

Pukul mentega dan gula hingga putih dan berkrim. Masukkan telur satu persatu.

Kemudian masukkan chocolate emulco, kaya dan horlicks, pukul hingga sebati.

Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko. Masukkan ke dalam adunan yang di pukul sediki demi sedikit, pukul dengan kelajuan perlahan hingga rata. Kaup balikkan adunan hingga bergaul rata.

Alas dasar dan gris teping loyang dengan mentega cair. Masukkan 5 sudu besar adunan, ratakan. Atur biskut jejari jarak 1/2" antara jaraknya. Kukus hingga masak. (*akak wat dua loyang berasingan iaitu loyang 7x7 inci dan loyang 4x4 inci sbb x muat kukusan kalau nak guna yang 8 x 8 inci terus. Pastu akak kukus selama 8 minit setiap lapisan)

Angkat dan ulang melapis dan mengatur biskut hingga habis. Kukus setiap lapisan hingga masak. (*untuk lapisan terakhir, akak kukus kek selama 15 minit)

Pastikan kek betul-betul sejuk baru dipotong yer.  Selamat mencuba...


3 comments:

tun_telani said...

salam kak gee.. nmpk mcm kek batik polkadot ^^ mesti sedap resepi dia ala2 kek kukus sarawak la..

hana said...

salam kak.gee... cantiknyer kek kukus nih.. ada dot dot... tentu sedappp

inahar ali said...

waduh..daapnyer gee! bak akak seketui!!

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015