Monday, November 19, 2012

Sup Siam


Lunch apa yer tengahari ini? Oooo.. makan buah saje... on diet rupanya... Tapi kalau sekali sekala makan yang banyak kolestrol macam ini ok kot... bukan apa, daging dan tulang korban masih ada lagi dalam fridge tu... kesian pulak tengok dia asyik tergolek sensorang kat situ kan....  Mari kita kerjakan dia.... he he he...


Apa kata hari ini kita layan Sup tulang Siam pulak... rasanya yang masam masam ala ala tomyam gitu sangat sesuai dihirup begitu sahaja bersama sambal kicap cili api atau dimakan dengan nasi panas yang lembik lembik sikit... pergh! compom mak mertua lalu pon tak nampak ko!! Sedapppp.... sampai berpeluh peluh dibuatnya... Jom layan...



SUP SIAM

BAHAN-BAHAN:


1/2 kg tulang / daging
1 ulas bawang besar
2 ulas bawang putih diketuk
1 inci halia
2 biji tomato
daun bawang & daun sup
2 liter air
1 biji limau nipis
2 batang serai dititik
5 biji cili api-boleh tambah


CARA-CARA

Tulang/daging direbus dengan air yang banyak dan dagingnya empuk. 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang, bwg putih dan halia tadi kemudian masukkan remph sup . Kacau semua bahan ini sampai wangi dan curah ke dalam periuk rebusan tulang/daging tadi.  Masukkan serai, cili api dan tomato, biarkan sampai mendidih .  Masukkan garam dan jus perahan limau nipis.  Angkat dan tabur daun bawang dan daun sup.  Hidangkan bersama sambal kicap.



Alhamdulillah.. habis sudah...


5 comments:

Marsita Yahya said...

Cik Suami saya suka sgt sop ni...selalu buat tapi tak post sebab buat utk dinner jadi malas nak posing..

Rohah said...

Kalau siam2 ni mesti power ni kak..kami anak2 branak mmg suka sup gini..

Cendana Kasih said...

sedapnyer

rahel said...

waduh..bikin gue kecur jer..time ujan2 ni memang sesuai la pekena sup...

zila norazila said...

sedapnya kak gee..tang rasa masam2 tue yg best kan:)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015