Wednesday, June 6, 2012

Yummy... Yummy...!!!


Pagi-pagi begini kalau layan aiskrim goreng.... aci tak?? Bukan selalu.... sekali sekala jer kan... Lagipun cuaca sekarang ni memang panas.... kalau tengahari tu memang malas nak keluar ke bandar... berbahang duduk dalam kereta.... kalau di rumah kipas dan air-cond memang tak pernah berehat... berkhidmat 24 jam


Marilah temankan k.gee makan aiskrim goreng... cepat! cepat! jangan tunggu lama-lama sangat nanti cair pulak aiskrim tu... gigit cepat2 dan jilat aiskrimnya yer... ermmmm....yummy!!!!


Untuk rasa yang lebih sedap dan mengancam, k.gee curahkan sedikit coklat atau ganache baki buat kek semalam dan taburkan sedikit choc rice.... huh!! fengsannn......


Macam mana nak buat? Senang saje....  mula-mula sediakan aiskrim, roti dan acuan... guna gelas pon boleh asalkan boleh diterap sudah...  Sudukan aiskrim letak atas roti, lapiskan sekeping lagi di atasnya... Terap dengan gelas atau acuan untuk dapatkan bentuk bulat... kepitkan tepinya dengan garfu supaya tidak terbuka.  masukkan dalam bekas atau plastik dan simpan dalam fridge 24 jam... Goreng dalam minyak yang panas, kaedah deep fry dalam 1/2 minit saje... Bila dah kekuningan angkat cepat-cepat tau dan sedia di ngap!



selamat mencuba....


Tuesday, June 5, 2012

Checkered cake... comot


Percaya tak...? 6 kali tangan k.gee menggigil buat kek ini... pertama sekali masa nak hulur RM ke tokey kedai tu.... berdegup telan air lior kejap... keduanya masa nak susun damnya, ketiga masa nak deko atas kek tu... ketar, gigil campur sesak nafas... keras tangan ko... keempat masa nak potong kasi nampak damnya... tarik nafas dalam2... kelimanya masa nak tembak foto bagi fotogenik dan yang last masa nak hulur ke kengkawan di ofis untuk food tester... hehehe kampung betul lah k.gee ni kan.... peraq kata chah...


Tengoklah gambar pon blur semacam jer... inipon hb yg tolong snapkan... terima kasih hb.... dan juga berbanyak2 terima kasih kepada Ayu Singapore, Aunty Yochana, Shuhairi Shuhani dan Ita masam manis yang mengilhamkan k.gee untuk mencuba kek ini... Keknya dari resepi Ayu manakala buttercream dari Shuhairi dan ganachenya oleh chef amir dari dapor Ita Masam manis... confirm! gabungan resepi yang memang sedap dan mantap sekali...  kalau tak letak topping pon dah ok... K.gee sharekan resepinya di sini pula yer...  minta halalkan yer...

 


CHECKERED CHOCOLATE CAKE
By: Aunty Yochana

180 gm. Butter
250 gm. sugar-(Ayu used 220g)
3 nos. eggs
1 tsp. vanilla essence-(Ayu added 2 tsp)
200 ml. fresh milk
250 gm. cake flour
10 gm. baking powder
1/2 tsp. salt
60 gm. cooking chocolate - chopped coarsely and melted

Ganache: Mix together and double-boil
250 gm. chocolate-
180 gm. Dairy cream

Method:

(1) Beat butter and sugar till creamy.
(2) Add in eggs one at a time and beat till well mixed.
(3) Pour in the fresh milk gradually and if it cuddles, add a tablespoon of flour and then mix till creamy. Add in salt and vanilla essence.
(4) Add in the balance flour and baking powder and mix thoroughly.
(5) Divide the batter into 2 portions, giving a bit more to the plain portion.
(6) Add melted chocolate into the lesser portion.
(7) Use piping bags, fill up the bags with batter and pipe alternately into the ring and then lift up the rings.
(8) You need 3 trays of 9" cake pan to pipe the alternate colours.
(9) Bake at 175C for about 35 mins or till cooked.
(10) For ganache, put all the ingredients into a microwave bowl and microwave it till chocolate melts, stir it till smooth and let it set before pouring onto cake.-(Ayu double boiled it)
(11) Spread each layer of cake with ganache and lay the cakes alternately to get a checkerboard pattern.
(12) Pour balance ganache onto cake and set in the fridge before slicing it.
(13) Slice with a warm knife but not too hot otherwise the chocolate will smudge the cake and it looks untidy

BUTTERCREAM
Bahan2..
500 gm krimwell
250 gm shortening
50 gm butter
250 gm gula aising - ayakkan

Cara2nya..

1. Satukan semua bahan2 dalam mixer, pukul selama 7 minit atau sehingga sebati.
2. Pastikan semua bahan2 sama rata.
3. Boleh di tambah pewarna atau perasa.

GANACHE COKLAT
oleh : Chef Amer Hamzah
Rujukan : Ita Masam manis

Bahan:

300 gm krim tenusu ~ whipping cream
30 gm sirap glukos~ boleh didapati di kedai jual bahan kek
500 gm coklat gelap ~ hiris halus
20 gm butter ~ ita tambah
Didihkan krim dan sirap glukos.
Tuangkan dalam bekas yg berisi coklat gelap
Kacau rata hingga coklat larut sepenuhnya
Tambahkan butter
Kacau hingga adunan licin dan berkilat
Tuangkan atas kek yang telah disapukan dengan krim terlebih dahulu.
Tuang ketika adunan masih cair dan licin untuk mendapatkan permukaan yang licin dan cantik 

Monday, June 4, 2012

Kek pisang marble


Salam pagi Isnin yang sungguh cerah dan ceria... Aaaarrrgghhhh....masih dalam mood bercuti lagi walaupun tray di pejabat sudah penuh dengan tugasan yg perlu dibereskan.... semoga Allah beri kekuatan dan permudahkan segala urusan... 


Semalam seharian pusing2 bandar Kuantan... selepas hantar Along ke Kolej Matrikulasi yang mendaftar seminggu lewat dr pelajar lain sebab mengikuti Kem SUKMA di Janda Baik, singgah ke pasaraya membeli belah barang keperluan asrama anak dara, selepas tu singgah pula ke pasar mencari daun parsley untuk encik hb... katanya nak buat ubat.... selepas tu singgah pula rumah anak saudara... pukul 4.00 petang baru sampai ke rumah.... buka saje pintu terus rebah.... letihhhh...!!!!

Tapi letih2 pun sempat juga godek2 kek pisang.... Sebenarnya sudah 2,3 kali buat kek pisang ni...  resepi kek pisang marble susu dari dapor Ita Masam Manis.... K.gee dan hb sangat suka kek pisang.... ringan, gebu dan rasanya tak manis sangat.... sedappppp


Resepinya boleh rujuk SINI yer...

Saturday, June 2, 2012

Sarapan apa-apa aje...


Sunyi sepi pagi Sabtu ni.... apasal yer...?  Anak2 masih dibuai mimpi walaupun matahari sudah tegak di atas kepala... atlit k.gee yang seorang tu seperti biasa pagi-pagi lagi sudah 'berbulan madu'di kandang kuda... jiran tetangga pon tak nampak kelibat mereka... balik kampung gamaknya....


Pagi ini sarapan berduaan dengan hb.... pekena lempeng pisang sudahlah... janji kenyang... Tengahari ada tiga jemputan kahwin.... hoyey! tak payah memasak.... hehehe



LEMPENG PISANG SIMPLE

3 biji pisang berangan/emas - lecekkan
1/2 cawan tepung gandum
Sedikit kelapa parut yg agak muda
gula dan secubit garam
sedikit minyak

Cara
Godek-godek semua bahan dan tepekkan atas kuali dengan sedikit minyak.. kalau suka alaskan daun pisang... guanakn api perlahan... balik2kan dan masak sehingga garing...


Thursday, May 31, 2012

Nasi impit sambal ikan


Selamat pagi dan salam ceria buat semua pengunjung dapor maya k.gee ini... 2,3 hari k.gee tak bersiaran, agak sibuk dengan urusan di pejabat dan anak2... Bila sudah melangkah ke pertengahan tahun, selalunya aktiviti tersangat banyak, baik yang dianjurkan di pejabat sendiri mahupun peringkat negeri.... tambahan pula tahun ini Pahang menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) yg dijadual berlangsung dari 7 hingga 16 Julai.  Berbagai-bagai aktiviti sampingan sedang diatur sempena sukan ini berlangsung terutama kepada para peniaga yang diberi peluang menjalankan aktiviti perniagaan mereka di setiap venue sukan berlangsung dan di tempat2 penginapan para  atlet.... ermmm inilah masanya menambah pendapatan kan....



Kontinjen negeri Pahang meletakkan harapan besar dalam lima acara pilihan iaitu tinju, bola sepak, golf, ekuestrian dan petanque.  Waaa.... k.gee tumpang sama meletakkan harapan buat atlet kesayangan si anak teruna k.gee Amirul yg menjadi atlet ekuestrian mewakili negeri Pahang... semoga dapat mengharumkan nama negeri Pahang.... chaiyok Along...!!


Oklah berbalik ke menu hari ini, nasi impit sambal ikan... Takmo cerita banyak, jom terus ke resepinya yer... terima kasih buat rakan k.gee Kak Dah yg memberi resepi sambal ikan ini... sedapppp

Sambal/serunding Ikan

1 kg ikan selayang/ kembong -  rebus, buang tulang dan tumbuk
1 biji kelapa parut - goreng kekuningan dan tumbuk

Bahan dikisar

10 ulas bwg merah
1 sudu cili kisar
1 inci halia
2 ulas bawang putih
5 batang serai
gula melaka/ gula nisan
garam dan gula

Cara2

1. Tumis bahan2 kisar dan masukkan kesemua bahan ikan dan kelapa goreng. 
2. Tambahkan garam dan gula secukupnya.  kacau rata sehingga kering.  Gunakan api perlahan.
3. Boleh hidangkan bersama nasi impit.

jom sarapan....

Monday, May 28, 2012

Apam snow white


Salam Isnin.... huh!! letihnya badan 2 hari berkursus di Janda Baik... tapi seronok dan menghiburkan.... pengalaman yang sungguh manis dan tidak mungkin dilupakan.... selain dapat mempelajarai sesuatu yang baru, dapat pula kenalan baru dan dapat menikmati kesejukan air sungai dan keindahan alam yang sungguh mendamaikan..... Subhanallah....


Apam snow white ini k.gee buat sehari sebelum bertolak ke Janda Baik... k.gee bawa bekal balik ke kampong... sedap dan lembut gebus apam ni.... anak2 suka makan begitu sahaja tak cicah kelapa pon... k.gee pulak suka rasa lemak2 kelapa tu... apapon kuih apam resepi dari My Resepi. oleh qnq0910 ni k.gee ambil dari dapor Ita Masam manis... memang sah lembut, gebus dan sedappppp.....


APAM SNOW WHITE

From : Masam manis
By: qnq0910

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
2 cawan gula pasir
1 packet mauripan@ibu roti
2 cawan nasi
3 cawan air

"DO IT YOURSELF"

masukkan semua bahan ke dalam mangkuk yg sederhana besar kecuali nasi dan air
gaul bahan tersebut dan ketepikan sementara waktu

kisar/blend nasi dengan air sampai betul2 hancur

campurkan nasi yg telah diblend dengan bahan yg telah digaul tadi dan sebatikan adunan

biarkan adunan mesra selama satu jam..adunan akan mengembang selepas tu...

selepas satu jam, isikan adunan ke dalam acuan jeli/agar2 dan kukus dalam pengukus yang telah dipanaskan terlebih dahulu dalam 10-15minit

note: sapukan acuan dengan sedikit minyak sebelum mengukus supaya hasilnya mengikut bentuk acuan bila dikeluarkan



sedap nyaa.....

Sunday, May 27, 2012

Piza instant cuti sekolah


Cuti sekolah pertengahan tahun sudah bermula... riuh rendah rumah dengan hiruk pikuk suara anak2... macam2 watak ada... macam2 drama ada... sang ibu seperti biasa menjadi pelakon utama aka heroin di pentas dapor... setiap hari pon memang itulah watak yang selalu ibu mainkan...diva dapor kan...kann !! hehehe.....


Sajian pertama cuti sekolah dari dapor k.gee adalah piza instant... hisyyy bukan piza-hut yer tapi piza gee-hut tau... 


K.gee beli roti pita dan godek2 toppingnya ikut citarasa anak2... buat yg simple janji anak2 suka makan... sempat juga k.gee tapaw ke ofis 4 keping untuk kengkawan... sebenarnya dah selalu k.gee buat piza guna roti pita ni, senang dan cepat siap... rasanya pon lebih kurang crust piza yg ori juga... kalau tak percaya, cubalah.... !!



Anak k.gee siap pesan... pastikan parutan cheese yg banyak yer mak... baru yummy!!


PIZA (gee-hut)

10 keping roti pita
Bahan sos :

25gm campuran rempah piza } boleh beli di kedai barang2 kek
200 gm paste tomato (k.gee guna jenama Leggos)
30 gm gula } campur, gaul sebati & perap 4-5 jam

- kalau tak ada rempah piza boleh buat sendiri sos seperti di bawah...

1 1/2 sudu minyak zaiton
1 biji bwg putih
1 biji bwg besar
200 gm tomato paste
1/2 sudu gula
garam secukunya
1 sudu kecil oregano
3 helai daun bay

Bahn topping:)

1 sudu minyak zaiton
1 ulas bwg putih - cincng
5 ekor isi udang
sedikit lada sulah

~ panaskn minyak tumis bwg putih, udang, lada sulah

2 batang sosej - potong kecil
100 gm nenas kiub
5 biji cendawan butang - ptg nipis
Lada benggala hijau & merah - potong memanjang
2 btg crab stick - potong nipis
100 gm keju mozarella - parut

  1. Susun roti pita.  Sapu kan permukaan dgn sos piza tadi.
  2.  Letakkan topping pilihan.
  3.  Akhir sekali baru taburkan cheese sebanyak yg anda suka.
  4. Bakar dalam oven dengan suhu 180C selama 10-12 minit atau sehingga piza garing dan cheese telah cair.


silakan....


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015