Saturday, October 13, 2012

Karipap pusing


Salam hujung minggu dan salam ceria semua... Semoga semuanya sihat sejahtera walaupun tuan tanah kurang sihat sudah seminggu diserang batuk dan selsema... nasib baik jari jemari masih mampu menari2 di atas keyboard ni, kalau tidak senyap sunyilah dapor gee-hut ni, kannn....  


Karipap pusing memang fav k.gee, hb, anak2 dan seluruh keluarga kami... sejak kecil lagi memang karipap menjadi juadah kami hampir setiap hari... kalau emak tak sempat buat emak akan beli untuk kami adik beradik bersarapan... cuma karipap air tangan emak jauh lebih sedap pada citarasa kami... sehingga sekarang pun, karipap buatan emak tetap menjadi pujaan kami... rangup, garing dan intinya sedap....


Semalam tetiba tekak yang sakit ini teringin nak makan karipap... emak lah katakan... sebut aje tup...tup... balik dari opis sudah terhidang... apalagi 4,5 ketul la k.gee baham.... memang sedap! Kalau  teringin cubalah buat, k.gee sharekan resipi karipap bonda ku di sini yer...




KARIPAP PUSINGResepi : bondaku

Bahan-bahan

Doh A

150 gm marjerin
300 gm tepung gandum

Doh B

500 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti

1 kilo ubi kentang - potong dadu
100 gm daging/ ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili kisar
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang
Sedikit udang kering - tumbuk


Cara membuat inti:

*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering.

*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin. masukkan pula daging/ayam yg didadu. Biarkan seketika. kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati.

*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk.

*Campurkan garam dan gula. Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus. Gaul sebati dan bolehlah diangkat. Sejukkan.


Cara-cara membuat kulit karipap:

1. Satukan bahan A dan uli sehingga sebati. Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil

2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.

3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu.

4. Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis. Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini. Biarkan ia menjadi lonjong

5. Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar. Buat sehingga habis.

6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis.

7. Letakkan inti karipap dan kelim tepinya.

8. Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan supaya karipap masak dengan rata dan garing.



mari..mari..mari...


Thursday, October 11, 2012

Kuih bakar kentang


Assalamualaikum... salam siaran dan salam manis semua... k.gee baru balik dari KL membantu menguruskan para usahawan Pahang yang menyertai HALFEST 2012 di PWTC... Halfest adalah ekspo Halal terbesar di Malaysia untuk membantu pengusaha mempromosi dan memasarkan produk mereka kepada pengguna tempatan di samping pelbagai aktiviti meriah sudah diatur... Jom kita ramai2 menyokong industri halal tempatan...  Jom ke HALFEST 2012!


Sambil2 tu apa kata kita layan dulu menu santai k.gee hari ini... Kuih bakar kentang... nak celoteh panjang2  tak ada idea la dik.. hehehe

KUIH BAKAR KENTANG
Sumber : mummyseri

Bahan:-

2 biji ubi kentang sederhana besar - rebus n kisar
1 biji telur
2/3 cawan gula pasir
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
sedikit pewarna kuning/hijau
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Bijan hitam dan putih (k.gee tambah)

Cara-Cara:-

1. Dalam bekas, kacau telur n gula hingga gula larut.
2. Masukkan tepung n santan. kacau rata, pastu tapis.
3. Masukkan dalam ubi kentang tadi dan kacau rata.
4. Masukkan minyak sapi cair dan kacau sebati.
5. Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar, tuang adunan.
6. Masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
7. K.gee masak dalam oven 180'c selama 1 jam.

 

Lemak2 jer rasanya... bestttt....!!!


Monday, October 8, 2012

Kek peach terbalik?


Ha ha ha ha ha..... ada ke kek terbalik? Kek nenas terbalik memang ada kan..? Tapi kek peach terbalik rasanya pestime dengar...  Sebenarnya ini kek tersalah buat... tekak teringin nak makan kek peach tapi malas nak beli bahan... godek2 bahan yang sedia ada dalam stok... hapaaa!!! susun buah peach kat atas, bila masak semua peach menyorok kat bawah.... berat barangkali... itu lah pasal jadi kek terbalik...  


Aduhai kek terbalik.... walaupun rupamu tak menawan tapi rasamu tetap menjadi pujaan hatiku.... lembut, halus, gebu dan yang penting... sedaaapppp!!!  lebih2 lagi bila gigit tang buah peach tu...ermmm yummy!! nah!! ambil lah rasa sorang satu.... sedap kan? hehehe...  


K.gee gunakan resepi kek span mudah CT Delima... kemudian tambahkan buah peach yg dipotong dadu dan blueberry chips sebagai penyerinya... kalau berminat boleh semak resepinya di sini yer...


Tak tipu punyaaa... memang sedap....
cubalah...

Saturday, October 6, 2012

Labu oh labuuuu......


Assalamualaikum.... petang2 begini teringin nak makan manis2an... tambah2 bila tekak terasa sakit dan pahit semacam... sudah terbayang bubur atau pengat yang enak dan lemak manis rasanya... argghhh!!! alangkah nyamannya tekak....


Huray!! ada pengat labu laa... ada skoteng lagi... sedapnyaaaa..... tak sabar2 k.gee nak hirup kuahnya yang manis dan harum bau gula melaka.... ada yang terlior ke...? jom ikut k.gee nak? k.gee ada di hospital KMC ni... anak k.gee si eQa tu demam dek jangkitan pada tonsilnya.... dah 2 hari tidor berkongsi katil dengan eQa... huuuuu... anak sakit emak pon sakit.... Tapi pagi tadi sempat balik rumah sekejap dan masak pengat labu ni dan tapaw ke hospital.... layan tekak yg pahit ni....


PENGAT LABU

Bahan-bahan:

200g labu (dibersihkan dan potong dadu)
2 cawan santan pekat
10 gram skoteng (direbus sehingga lembut)
1 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 cawan gula melaka/gula merah
Sedikit garam
2 helai daun pandan

Cara-cara

Masukkan semua bahan-bahan di atas, tinggalkan sikit santan pekat, kacau selalu supaya santan tidak naik minyak, bila dah mendidih akhir sekali baru masukkan santan pekat dan skoteng yg sudah direbus tadi. Sedia untuk dihidangkan.



Jemput semua....

Thursday, October 4, 2012

Mihun jer... syukurlah


Bila kita diuji... kita takut dengan dugaan... kita hilang kesabaran hilang pertimbangan.... Sesungguhnya musibah dan ujian merupakan tarbiyah daripada Allah bagi mereka yang celik hati dan akalnya kerana Dia kasihkan kita... Dia 'mengejutkan' kita dari lena yang panjang. Menyedarkan kita dari kealpaan dan kelalaian... bersabarlah dengan ujian yag ditmpakan dan bersyukur lah dengan nikmat yg dikurniakan...
 

K.gee memetik kata2 ini dari laman iluvislam.com... Sekadar untuk ingatan kepada diri sendiri dan rakan2 yg disayangi... Semoga kita semua sentiasa di dalam keredhaan Allah hendaknya... Sebenarnya hb k.gee kurang sihat, k.gee masakkan mihun mudah ni dan makan panas2... syukurlah berselera sikit nampaknya... moga hb cepat sembuh...



MIHUN GORENG MUDAH (buat hb tersayang...)

1  bungkus mihun (celor dan toskan)
4 ulas bawang putih (ketuk)
3 ekor udang hidup
1 sudu cili kisar
1 buku kiub ikan bilis
Daun kucai dan karot (potong kecil)
Minyak

Cara:

Panaskan kuali dan minyak.  Tumis bawang putih yg diketuk, tambahkn cili kisar, kiub ikan bilis dan udang hidup.  Kacau rata.  Masukkan mihun dan sayur2an.  Tambahkan garam. Kacau lagi sehingga semua sebati.  Siap! 


Wednesday, October 3, 2012

Daging black pepper


Rasanya macam takde idea nak update blog hari ni...
jamu mata aje lah yer... layan si hitam manis yuk...!


DAGING BLACK PEPPER

Bahan-bahan


* 500gm daging batang pinang
* 1 sb serbuk lada hitam yg ditumbuk kasar - lebihkan jika ingin lebih pedas
* 1 biji lada merah
* 3 sb kicap manis
* 2 sb sos tiram
* 1 cawan air
* 1 sb tepung jagung yg dibancuh dgn 2 sb air
* 1/2 sudu garam halus dan 1 sb gula
* minyak utk menggoreng

Cara-cara

1. Potong daging nipis2 dengan cara melawan urat supaya daging tidak liat. Bersihkan dan toskan selama 1 jam atau lebih supaya daging tidak mengeluarkan air yg banyak ketika menggoreng.

2. Potong panjang kedua2 lada. Sebelum itu hendaklah dibuang dulu butir2 lada

3. Panaskan minyak. Goreng daging lebih kurang 3 - 4 minit sambil dikacau supaya rata masaknya dan angkat.

4. Keluarkan minyak dan tinggalkan lebih kurang 3 sudu besar shj. Masukkan serbuk lada hitam dan kacau hingga berbau wangi dan masukkan lada merah. Lepas itu masukkan kicap manis, sos tiram, garam dan gula. Kacau sebati.

5. Masukkan daging dan kacau sebati dan masukkan air. Sekiranya ingin lebih berkuah, lebihkan sukatan air. Biarkan mendidih, barulah dimasukkan bancuhan air tepung jagung. Biarkan mendidih. Bila dah agak pekat boleh lah di padamkan api dan hidangkan panas2 dgn nasi putih.
 


Sedapppp....


Monday, October 1, 2012

Kek span pandan


Assalamualaikum... Salam Isnin dan salam 1 Oktober... Apa khabar yer...? Semoga semuanya sihat dan dapat menjalani hari2 dengan aman dan bahagia... Suasana pagi ini sangat nyaman dan mendamaikan dengan hembusan bayu yang menyegarkan dan ditambah pula dengan kicauan burung yang menghiburkan... indahnya ciptaan Allah...


Ok, jom kita jengok ke dapor pulak... ada apa yg istimewa hari ini... Ermmmmm.... wanginya bau daun pandan dengan santan... mesti ada nasi lemak ni... hehehe bukan nasi lemak laa dik tapi kek pandan... memang wangi bau pandannya kan... sampai kembang kempis hidung memasing.... hehehehe


Kek span ini sudah beberapa kali k.gee buat... boleh tengok SINI... resepi dari dapur Cik CT Delima yang semakin hari semakin glam tu... k.gee suka resipi ini sebab gunakan tepung kek span segera... cepat, senang dan rasanya memang sangat sedap... kita cuma perlu tambahkan telor, minyak dan air... cuma resepi kali ini k.gee gunakan santan dan air pandan....itu yang wangi semerbak baunya.... 



Kek Span Pandan 


Adaptasi dari Kek Span Marble Mudah
Resipi : Che CT Delima

Bahan-bahan :

400 gm sponge cake mix - di ayak (CT guna jenama NONA perasa vanila)
5 biji telur gred A - suhu bilik
80 ml air (k.gee gunakan santan kotak)
1 sudu kecil esen vanila (k.gee gunakan pes pandan)
80 ml butter - dicairkan
2 sudu besar serbuk koko - diayak - (k.gee tak letak)
1 sudu kecil coklat emulco - gantikan dengan strawberi emulco
Parutan kulit oren (k.gee tak letak)

Cara-cara :

1. Sediakan acuan bulat 9 inci yang digris butter dan dialas dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Masukkan tepung adunan pek segera yang diayak dalam mangkuk adunan. Tambahkan air oren dan masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana selama 4 minit hingga kembang dan gebu.

3. Telur dimasukkan sebiji-sebiji ya. Setiap sebiji telur diputar dalam 20 saat baru dimasukkan lagi sebiji.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila, parutan kulit oren dan butter cair perlahan-lahan sambil diputar dengan kelajuan rendah selama 1 minit sehingga ringan dan kembang.

5. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.

6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.


HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015