Friday, September 6, 2013

Biskut penghujung Syawal


Salam Jumaat dan salam 30 syawal 1434H... Esok kita sudah melangkah ke bulan yang baru bulan Zulkaedah pula... pastinya ramai bakal-bakal haji dan hajjah yang sedang sibuk dengan persiapan untuk berangkat ke Tanah Suci Mekah... Tahniah kepada mereka yang dipilih Allah untuk menjadi tetamuNya... mudah-mudahan ada rezeki kita pula nanti, insyaAllah....  


Tiada juadah yang istimewa hari ini sekadar biskut raya permintaan dari anak2 yang tinggal di asrama... inipun sebab stok bahan-bhan kukis masih banyak dalam lemari... godek2 aje bahan apa yang ada... masukkan oreo hancur, serbuk badam, choc chips dan serbuk koko sikit... gentel lebih kurang dan bakar.... ermmmm.... sedapnya maaaak...!!! hehehe...siapa lagi yang nak puji kalau bukan anak anak, kan....  

 

BISKUT OREO
Skodeng dapor : Qasey Honey
Resipi : CikWan@DapurCikWan


Bahan-bahan;

170 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi (k.gee ganti tepung kentang)
20 gm tepung jagung
¼ sudu teh serbuk penaik
110 gm mentega
70 gm gula aising
6 keping biskut oreo (k.gee guna 1 cawan oreo hancur)
20 gm lemak sayuran
1 sudu teh esen vanila
250 gm coklat putih
Manik gula warna-warni (k.gee tak letak)
(K.gee tambah 1/2 cawan serbuk badam, 1/2 cawan choc chips dan sedikit serbuk koko)

Cara-cara;

1. Kisar halus biskut oreo.

2. Ayakkan semua jenis tepung bersama serbuk penaik.

3. Pukul mentega bersama lemak sayuran, esen vanila dan gula aising sehingga lembut dan gebu.

4. Masukkan adunan tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan mentega tadi.

5. Adunkan dan uli sehingga menjadi doh.

6. Canai doh dan terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim

7. Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.

8. Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan coklat putih yang dicairkan. (K.gee cuma lorekkan dengan choc masakan sahaja).

9. Taburkan manik gula warna-warni.

10. Keringkan dan simpan di dalam bekas kedap udara.


Selamat berhujung minggu...
daaaaa......


Thursday, September 5, 2013

Kek Lapis kukus cream cheese


Sedapnyaaa kek ni... lemak berkrim.... ! yummy...yummy!! Itulah komen adik adik masa k.gee hidangkan di jamuan hari raya baru-baru ini... sekali hidang terus licin... tak sempat nak klik klik lagi... nasib baik sempat tembak 2,3 foto blur sebelum dingap... memang sedap memang power memang bessstttt..... !!! Terima kasih tuan empunya resipi, k.gee kongsi di sini pulak yer, nanti nak buat lagi....




KEK LAPIS KUKUS CREAM CHEESE
Resipi : Yatiememories
Sumber : Hanamemories

BAHAN A

•250 gm cream cheese
•60 gm gula halus
•1 biji telur
•1 sudu besar air
•1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara

1.Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.

2.Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.

3.Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

•2 biji telur
•1 cwn gula halus
•1 sk vanilla
•sedikit garam
•1/2 cwn air panas didih
•1/2 cwn cwn susu segar/cair
•1/2 cwn minyak jagung/masak
•1 cwn tpng gandum*
•3 sudu besar sebuk koko*
•1 sudu kecil baking soda*
•1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)


Cara-cara

1.Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.

2.Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.

3.Masukkan air panas,susu dan minyak.

4.Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.

5.Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK.

1.Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.

2.Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.

3.Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.

4.Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

5.Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

6.Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.



Kek yang mudah disediakan dan sedap dinikmati....
memang berbaloi.baloi...
cubalah....



Wednesday, September 4, 2013

Mee bandung 5 bintang


Salam Rabu dan salam ceria buat semua teman2 yang dikasihi... jom santai2 hayati bait bait lagu hitam putih kehidupan yang sungguh indah buat renungan kita bersama.... jom..!

Begitu berharga kehidupan ini
Bagi mereka yang tahu menghargai
Mengapa terdorong oleh perasaan
Kalau turutkan hati diri menjadi korban

 Tiada yang dapat lari dari masalah diri
Hadapi lah dengan tenang
Tiap cabaran yang datang
Atasinya dengan keimanan

Sekadar buat renungan
Untukmu teman tersayang
Hitam putih masa depan
Sendirian menentukan

Hidup ini usah persiakan...



Oklah, mari layan mee bandung gee-hut pulak... best...!! Terima kasih kepada penyumbang resipi mee favourite k.gee yang sangat sedap dan menyelerakan ini... minta izin cnp di sini yer....


MEE BANDUNG MUAR
Sumber dan cnp : MaDiHaA a.k.a Ratna
Resepi : Sabrina


Bahan-bahan untuk kuah:

Utk dimesin

5 ~ 6 ulas bawang merah
3 ulas bawang puteh
10 tangkai cili kering ~ dipotong & rebus hingga lembut
segenggam kacang tanah (MaDiHaA letak dalam 2/3 cawan) ~ digoreng dan dimesin halus
1 paket udang kering (2 1/2 sudu besar) ~ dimesin bersama kacang tanah

Bahan lain:

300 gram daging ~ potong nipis
4 biji telur
2 sudu sos tomato
4 sudu sos cili (MaDiHaA tambah lagi sikit)
Sedikit minyak masak ~ utk menumis
Garam secukup rasa
2 sudu besar gula (MaDiHaA tambah)
air secukupnya
1 ikat sawi ~ dicelur (MaDiHaA campurkan terus sayuran dalam kuah)
2 helai daun kubis (MaDiHaA tambah)
4 batang jagung muda (MaDiHaA tambah)
2 bungkus mee kuning ~ dicelur (MaDiHaA guna 450 gram jer ngam2 dgn kuah)
limau kasturi ~ optional
daun sup ~ optional
tauhu goreng ~ optional
bawang goreng ~ optional
cili jeruk ~ kalau suka
Bahan-bahan untuk cili jeruk:

3 tangkai cili merah ~ dihiris tebal
3 tangkai cili hijau ~ dihiris tebal (MaDiHaA guna cili hijau semuanya)
sedikit air panas
1 sudu cuka
sedikit garam (MaDiHa tambah)

Cara-cara:

1. Sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan semua bahan2nya & biarkan cili terendam dengan bekas yang bertutup.

2. Panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yg telah dimesin sehingga naik baunya.

3. Masukkan 3 mangkuk air bersama daging (MaDiHa masukkan dlm 1 2/3 blender air untuk empukkan daging)

4. Setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering yang telah dimesin tadi.

5. Setelah beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam & gula secukup rasa.

Nota Sabrina: ** kalau ikutkan resepi mee bandung Muar yang asli, tak ada letak sos tapi Sab degil.. nak letak gaks.. hehehe Ampun Mak...

6. Kacau rata semua bahan dan kemudian keluarkan daging dari periuk.

7. Pecahkan telur sebiji demi sebiji ke dalam periuk (lebih selamat pecahkan dulu dalam mangkuk lain sebelum dimasukkan ke periuk bimbang jika ada telur yg busuk) dan perlahan kan api dapur. Biarkan sehingga telur masak.

8. Setelah telur masak, masukkan kembali daging yang dikeluarkan tadi.

Nota Sabrina: ** Sab buat macam ni supaya telur tu tak bercampur dengan daging, nanti buruk rupanya.. hehehe

9. Setelah siap semuanya, boleh lah dihidang dengan mee, sayur sawi dan juga cili jeruk. (MaDiHa campurkan sekali sayur2an di dalam kuah selepas telur dah masak.. kemudian barulah masukkan daging)



Sedaaapnyaaa..... kasi 5 bintang !!


Jemputlah....


Tuesday, September 3, 2013

Kek prun marmar


Selamat pagi Selasa dan salam ceria semua... menu apa sarapan pagi ini..? wow! nasi kerabu daging bakar yer... sedapnya... k.gee sarapan ala-ala western pagi ini ... pasta riben kampung style... tapaw ke pejabat dan makan reramai.... syedaappp..... hehehe


Kek prun marmar ini k.gee buat untuk Kak Sue rakan sepejabat k.gee yang 'mengidam' nak makan kek... K.gee godek2 ala kadar saje lah sebab dia request waktu sudah malam... nasib baik ada stok bahan2 dan sempat skodeng resipi kek marble trio CMG (tapi derhaka sikit... jangan marah yer Che Mat...) hehehe... dan harap-harap Kak Sue berpuas hati yer... sori lah tak pandai nak buat kek yang deko2 segala bagai... ini saje yang mampu...


KEK PRUN MARMAR
Adaptasi dari : Kek Marble Trio CMG
Olahan : gee-hut

BAHAN-BAHANNYA :-)


300 g mentega (guna unsalted butter lagi sedap)
280 g tepung gandum*
1 camca besar susu tepung*
1 camca teh baking powder*(*digaul rata dan ayak)
5 biji telur gred A
1 camca besar ovallate
250 g gula halus
30 g gliserin*
20 ml air*(*disatukan)
1 1/2 camca teh coklat emulco
1 camca teh strawberry emulco
1 /2 camca teh rose essence

(k.gee tambah bebebrap butir buah prun  yg dipotong kecil)

CARA MEMBUATNYA :-)

1.Lenser tin berukuran 8 x 8 x 3 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser kertas tadi dengan sedikit mentega. Ketepikan.

2.Putar mentega hingga pucat, pada speed sederhana, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan alihkan ke dalam mangkuk lain.

3.Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, masukkan gula halus dan ovallate, putar hingga rata. Masukkan kelima2 biji telur, dan putar pada kelajuan tinggi hingga telur kembang dan kental seperti adunan baulu (macam dalam gambar).

4.Perlahankan sedikit speed dan masukkan adunan no. 2 sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata dan masukkan bancuhan air + gliserin, gaul rata.

5.Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. 1 bahagian + coklat emulco, 1 bahagian + strawberry emulco dan 1 bahagian + rose essence (yang ini biar plain). Tuang aduan secara berselang seli dalam tin tadi. Lorekkan dengan hujung pisau atau chopstik, pastikan hujung pisau/chopstik sampai ke dasar adunan. (k.gee taburkan buah prune yg dipotong kecil)

6.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 55 minit hingga 1 jam, bergantung pada oven masing2. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dihidangkan.

CATATAN MAT GEBU :- Kalau tak de gliserin, abaikan gliserin dan air, ganti dengan 50 ml susu cair atau whipping cream. Pasal perisa dan pewarna untuk marble tu boleh ikut citarasa masing2. Oven perlu dipanaskan 10 minit sebelum membakar kek.



nyum..nyum...
nah! kak sue cayang...



Monday, September 2, 2013

Kari kambing Cikgu Nor


Assalamualaikum dan Salam Merdeka...
Bersua kembali setalah beberapa hari dapor gee-hut sepi tanpa berita.... tuan rumah ok jer cuma tidak ada kesempatan nak mencorat coret di dapor maya... biasalah... sedikit kebizian dengan tugas tugas harian di rumah dan di pejabat...   


Hari ini k.gee nak kongsikan menu istimewa kari kambing air tangan adik k.gee Cikgu Nor... pertama kali makan kari kambing sebegini... sedap sangat! biasanya makan gulai kawah jer...  adik k.gee masak di rumahnya dan tapaw ke rumah k.gee...potluck la kiranya... katanya dia selongkar dapor Ita Masam Manis dan terpikat dengan kari kambing chef wan dari dapor Ita... Betul kata Ita, memang sedap... cuma kambing tu tak dapat lah bahagian batang pinang dah habis katanya... walaupun tak ada tulang temulang tapi isi daging kambing yang lembut dengan aroma rempah ratus tu membuatkan kami makan bertambah-tambah bertimbun timbun.... lepas seketul seketul lagi masuk mulut... digandingkan pula dengan sambal belacan cili padi berapi dan berulamkan timun segar dari ladang belakang rumah... wow! hingga tak terkata.... sangat sangat best...!  Jom layan....



KARI KAMBING ISTIMEWA CIKGU NOR

Resipi : Dato Chef Wan
Sumber Rujukan : Ita Masam Manis

Bahan-bahan :

1/2 cawan minyak sapi
4 tangkai daun kari
1 kg daging kambing batang pinang ~ dihiris ita guna ribs
2 biji tomato ~ potong baji
1 cawan krim putar
1/2 cawan yogurt
gula secukup rasa ~ ita guna gula melaka
Garam secukup rasa
Segengam Daun ketumbar ~ dicincang

Pes Rempah

15 ulas bawang merah
2 labu bawang besar ~ dipotong
3 cm halia ~ dihiris
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili hijau ~ di buang biji dan hiris
4 kaki akar ketumbar
segengam daun pudina
20 biji lada hitam

Rempah Ratus

6 kuntum bunga cengkih
2 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang

Rempah Serbuk

1 sudu besar garam marsala ~ yang ni ita tak letak sebab tak de
1 sudu teh serbuk lada putih
3 sudu besar rempah kari daging
2 sudu besar cili serbuk
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk ketumbar



Cara :

Campurkan bahan-bahan rempah di dlm mesen pengisar dan kisar hingga halus.

Panaskan minyak sapi di dlm periuk atau kuali yang dalam .

Masukkan daun kari, rempah ratus dan pes rempah.

Tumis atas api kecil selama 10 minit atau sehingga harum.

Bancuhkan rempah serbuk dengan sedikit air sehingga menjadi pes.

Campurkan dalam rempah yang sedang ditumis bersama-sama daging kambing.

Kacau selalu selama kira-kira 15 minit atau sehingga daging disaluti dengan bahan rempah dan perisa meresap ke dalam daging.

Tambahkan air secukupnya untuk meliputi bahan-bahan

Renihkan, kacau selalu selama 1 jam atau sehingga daging empuk.

Masukkan tomato, krim putar dan yogurt

Perasakan secukupnya dengan gula dan garam.

Taburkan daun ketumbar dan kacau rata.

Angkat dari api dan hidangkan bersama nasi atau roti.



terima kasih Ita
terima kasih chef wan
dan terima kasih Cikgu Nor

memang kaww!! memang sedaap....
kelasss ko Nor...

 

Wednesday, August 28, 2013

Kek span lemon kegemaran


Kek span memang kegemaran k.gee dan memang selalu buat... lemon pulak kegemaran encik hb... kedua-duanya memang selalu ada stok di rumah k.gee... hb paling gemar minum air lemon pudina madu panas... sedap tau k.gee pon suka... kek span lemon madu lagi sedap... hehehe...



 KEK SPAN LEMON MARBLE

Bahan-bahan :

400 gm sponge cake mix
5 biji telur
80 ml air (tambah sedikit madu)
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil air lemon
80 ml minyak jagung
2 sudu besar serbuk koko - diayak
1 sudu kecil coklat emulco
Sedikit pewarna kuning (jika suka)

Cara-cara :

1. Sediakan acuan dan alas dengan kertas minyak. Ketepikan.

2. Masukkan tepung sponge came mix ke dalam mangkuk adunan. Tambahkan air dan jus lemon dan putar perlahan.

3. Masukkan telur satu persatu dalam adunan tepung sambil diputar dengan kelajuan sederhana hingga kembang dan gebu.

4. Bila adunan dah kembang dan gebu, masukkan esen vanila dan minyak jagung perlahan-lahan.

5. Ambil anggaran 2 senduk adunan tadi dan dimasukkan dalam mangkuk lain dan ditambahkan dengan serbuk koko dan coklat emulco. Kacau rata.

6. Masukkan adunan plain berselang seli dengan adunan koko dalam loyang. Ambil pisau plastik atau lidi sate dan corakkan bentuk marble.

7. Bakar pada suhu 180C selama 45 - 50 minit atau sehingga masak. Suhu bergantung pada oven masing-masing. Uji kek dengan mencucuk lidi sate bila lidi keluar bersih kek dah masak. Sejukkan kek atas redai kek dahulu baru dipotong.
 


Taraaa.... dah siap untuk anda...!!
sudi-sudikanlah.....


Tuesday, August 27, 2013

Tembikai spesel


Apa yang speselnya tembikai mak ini...? tanya eQa... Mestilah spesel sebab kulit dan bijinya boleh dimakan sekali.... Oh! hebatnya... tapi kenapa warnanya tak merah...? itulah yang speselnya... walaupun warna tak merah tapi rasanya tetap manis dan segar tau.... makan sekali pasti nak lagi... tak percaya!? cubalah...  


Hahaha... dialog ibu dan anak sebagai pembuka bicara.... apa khabar teman-teman agaknya di sana... masih meraikan syawal ke...? pasti banyak terima undangan baik rumah terbuka, perkahwinan atau pertunangan... tidak kurang juga majlis doa selamat dan tahlil di bulan yang mulia ini... kalau ada kesempatan dan kesihatan mengizinkan eloklah ditunaikan undangan-udangan itu sebagai memenuhi tanggungjawap kita sebagai jiran atau sahabat dan mengeratkan silaturrahim, kan...    


Sebenarnya ini bukan buah tembikai tapi puding tembikai untuk majlis sambutan aidilfitri di pejabat k.gee kelmarin... Sudah lama teringin nk buat tapi tak terbuat2 jugak hinggalah k.gee terpandang di blog Wendyinkk yang menggunakan buah naga untuk warna dan bijinya... nampak ada kelainan dan unik sikit... siapada step-by-step lagi... terus k.gee terpikat... kalau berminat untuk mencuba bolehlah lihat resipinya di Wendyinkk Table For 2 or more yer...


Selamat mencuba....
memang yummeh...!!



HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015