Sunday, March 20, 2011

Sambal berapi terung rembang

Salam semua. Rindu akak tak? Ahai...akak baru sampai dari kampung.... hmmmm penat. Sementara tunggu nak hantar anak2 balik asrama, sempat update blog sekejap menu masakan kampung, sambal berapi terung rembang.


Di setengah2 tempat terung ni orang panggil terung pipit, kampung akak panggil terung rembang. Selain daripada boleh dibuat sambal, terung ni boleh juga dimasak lemak dengan ikan, direbus atau dibuat ulam. Sedap... Akak buat sambal berapi...mau tidak cili padi dekat sekilo.....berdesing telinga cemas nak terkeluar asap....kihkihkih

Resepi sambal berapi terung rembang.

Bahan
ikan bilis [ditumbuk]
terung pipit [tumbuk sedit/pecahkan]
garam
gula
minyak

Bahan Mesin
cili padi

bawang merah


Cara
1. Panaskan minyak dan gorengkan bahan mesin, ikan bilis yang ditumbuk dan terung rembang.
2. Masukkan air air, gula dan garam. Kacau.
3. Biarkan mendidih dan naik minyak. Siap.

2 comments:

payarumput21 said...

AsSalam.. Terima kasih resepinya.. Mintak halal ya..

payarumput21 said...

AsSalam.. Terima kasih resepinya.. Mintak halal ya..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015