Saturday, April 20, 2013

Laksam ~ MFF Kelantan Dish


LAKSAM - makanan popular di Kelantan... bagi k.gee ini merupakan cubaan pertama membuat laksam... biasanya k.gee beli saje kalau terasa nak makan... sejak mendapat pelawaan dari K.Nor Secubit Garam dan Gert My Kitchen Snippets  untuk memeriahkan Malaysian Food Fest Kelantan Month ini, hampir setiap hari k.gee memikirkan masakan Kelantan untuk dikongsikan di sini... walaupun k.gee bukan orang Kelate tapi menu Kelantan banyak yang menjadi peberet k.gee... seronok pulak dapat mempelajari dan mencuba menu negeri orang...  secara tidak langsung MFF ini dapat menambahkan lagi stok resepi k.gee... terima kasih Nor dan Gert...  


Resepi laksam ini k.gee selongkar dari cik gugel... banyak dapor juga lah yang k.gee ronda... resepinya ringkas dan mudah cuma ada sedikit masalah sebab k.gee tak ada tudung periuk... masa ronda2 dapor orang tu nampak ada orang gunakan acuan 'loose tin... jadi k.gee pon tiru macam tu... nasib baik menjadi... hehehe... orang kata hendak seribu daya kan...!!


Masakan Kelantan memang power....memang sedap... jom Kelantan...!!


LAKSAM

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam
 
1.Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.

2.Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis

3.Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.

4.Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah garam skit dan perahkan limau.
 
 

 "I am submitting this post to Malaysian Food Fest, Kelantan Month hosted by Gertrude of My Kitchen Snippets "

6 comments:

atie @ ejay said...

salam kak G,
Sedapnya laksam,dah lama tak mkn

Azie Kitchen said...

As salam,
sedap nyer nampak laksam ni. dah lama tak membuatnya.

ICook4Fun said...

Gee, thank you for your support and taking part in the MFF Kelantan event. Jalan lupa email kat I all the details ya :)

Mylesung said...

comelnya gulungan laksam kak G.. :)

ilahjy said...

Lamanya ilahjy x buat gulungan laksam ni.. ilahjy pun guna sukatan sama di atas.. selepas guna resepi ena zarina ilahjy ubah suai air spt di atas.. kbtulan pula sama....pernah ilahjy ubah tambah tpg kanji..dan beri warna warni he3x Sernok Buat Kalu Mjadi

peminatvitamin said...

sedap dan menyelerakan...pasti cuba untuk seisi keluarga

PILIHAN IBU BIJAK

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015