Salam Jumaat dan salam penuh keberkatan... Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik, kesenangan, ketenangan dan diberi hidayah dalam menempuh cabaran dan liku-liku kehidupan di dunia dan akhirat...
Hari ini menu yang simple saje... boleh buat lauk tengahari ini...
TERUNG GORENG BERLADA
Bahan:
3 biji terung panjang- hiris menyerong
1 sudu sos tiram
Garam secukupnya
Segenggam ikan bilis
1 keping asam gelugor
Bahan kisar/tumbuk kasar:
1 biji bwg besar saiz kecil
2 ulas bwg putih
3 biji cili merah + 10 biji biji cili padi
Cara :
Panaskan minyak. goreng terung agak2 layu skit je. ketepikan
guna minyak yg sama, goreng sejemput ikan bilis sampai garing, ketepikan
buang skit minyak bg tinggal agak2 3 sudu je...
tumis bahan2 kisar/tumbuk td
masukkan garam, sos tiram dan asam gelugor. gaul sebati.
boleh curahkan ke atas terung yang digoreng tadi atau boleh juga digaulkan bersama kesemua bahan2 gorengan tadi.
Best tau.... cubalah!
6 comments:
selalu terlebih goreng terung jadi lembik sikit...suka buat berlada
terguda terus tengok terung ni..nak jer cuit2 ckit rasa.hihihi
follower ke 246,
salam kenal.. :) singgah sini dari blog kak noor... sedap nampak terung tu.. baru buat terung camni tapi curah kuah kicap tumis atas dia.. sedapppp.. :)
Adeeeeehhh Gee..... sedap... sedap!!!!
Klu zila suka ratah jew nie..best
Sayur kegemaran hubby saya:)
Post a Comment