Friday, September 27, 2013

Kek bertingkek-tingkek....


Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum… Sedikit perkongsian ilmu di pagi Jumaat yang barakah ini...
 
"Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim)."
 
Justeru marilah kita sama-sama memanfaatkan nikmat umur, kerana kita tidak tahu di mana dan bilakah penghujung kepada kehidupan ini. Sementara Allah masih memberi peluang untuk kita terus hidup, maka manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya dan bersegeralah untuk melakukan kebaikan, kerana kita tidak tahu apakah masih ada lagi hari esok untuk kita? Jika di dunia kita manfaatkan maka bahagia menunggu kita di akhirat kelak.
 
Petikan daripada blog IslamItuIndah...
 



Pagi Jumaat yang indah dan nyaman ini mari kita layan kek bertingkek-tingkek atau kek masam manis atau kek gambir atau kek velvet atau kek hawflakes... wo!wo! woooo.... banyaknya nama.... apapun kek ini memang sedap dan memenuhi citarasa kami sekeluarga...



KEK KUKUS VELVET HAWFLAKES
Rujukan : Sabar Dubai, Shima FP

Bahan-bahan ( loyang 10x7 )

•5 biji telur - grade A yg sejuk(dr peti ais)
•225 g gula halus (1 cwn rata +2 sb rata)
•220 g tepung gandum*(2 cwn rata)
•1 sk rata baking powder*
•1 sb ovalette
•150 ml susu cair
•1/2 sk garam
•100 ml minyak jagung/masak
•1 sk esen vanilla
•pewarna merah,kuning,hijau dll ikut suka ~ saba pakai warna2 pelangi
•secukup hawflakes (akak gunakan yg sebesar syiling 50 sen
 
 

Cara-cara

1.Ayak tepung dan baking powder kemudian campur kesemua bahan2 di dlm mangkuk mixer kecuali minyak,hawflakes dan pewarna.

2.Pukul adunan hingga sebati dan gebu.Masukkan minyak jagung/masak dan digaul dgn senduk atau spatula hingga sebati.

3.Loyang dialas kertas dan sapu minyak. Ratakan adunan pertama dan susun secukup hawflakes dipermukaannya dan kukus selama 5-7 min dalam kukusan yg telah dipanaskan dulu.

4.Buat hingga habis lapisan seterusnya dan susun hawflakes dan kukus.Untuk lapisan yang akhir kukus selama 20 min supaya kek masak keseluruhannya.

5.***untuk membahagikan sama rata setiap lapisan akak ambil 4 senduk lauk dan dibahagi kpd 5 mangkuk dan warnakan.Untuk lapisan terakhir susun hawflakes jika suka...

6.Setelah kek masak,biarkan di dlm loyang selama 10 min kemudian dibalikkan di atas redai kek supaya sejuk.



Makan sekali pasti nak lagi...
sedaaapp....♥

11 comments:

Ummi said...

Okeeehhh Gee, sila bawa esok taaauu...K.Liza nak makan tu...hehe, akak tumpang jer... Rajinnya dia melapis...akak lama sgt dah x buat kek lapis hawflakes ni...awal2 berblog dulu kot buat...hehe, meh la sikit..

Kak Rose said...

Glupppp! tengahari tengah lapo pulak tu...ades!!! tergoda sungguh la!

ingat duit den jo yg bertingkek tingkek... he he he

cahayahidupku.blogspot.my said...

Sedapnya gee... boleh dicuba ni macam senang jer :)

adda syuhada said...

terliur jap...

tun_telani said...

Salam kak gee.. rajin kak gee wat kuih tiap2 hari.. tun pernah buat kek ni, mmg gebu dan sedap. masa wat open house raya aritu ni salah satu menu dlm list, tp dh bizi sgt smp xsempat nk buat.

Sweet red cherry said...

em, sedapnya makan kek lapis hawflakes ni..masam manis..

indahhouse said...

Salam mesra kak Gee,
Cantiknya kek ni kak. Gambarnya menggoda selera, rasa nak ngap terus dah. hehe..
Suka makan kek hawflakes :))

inahar ali said...

akak nak gaak kek bertingkek-tingkek ni..ada belen lg x gee??

Amie said...

Tumpang makan sepotong ye Gee... sedapnyalaahhh...!

Amie said...
This comment has been removed by the author.
rahel said...

perghhh...itu dia penangan kek lapis masam manis...sedap oiii

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015