Friday, January 3, 2014

Bubur putih bubur merah


Salam Jumaat salam penuh keberkatan...

Abdullah bin Salam menceritakan:

"Ketika Nabi sedang duduk, aku berkata kepadanya: Di dalam kitab Allah ada diterangkan bahawa pada hari Jumaat terdapat waktu di mana jika seorang hamba yang mengerjakan solat, kemudian memohon sesuatu kepada Allah, pasti Allah akan makbulkan. Beberapa saat kemudian Rasulullah bersabda kepada ku: Benar. Lalu aku bertanya: Bilakah waktunya itu? Baginda kemudian menjawab: Di penghujung waktu siang hari. Aku berkata: Itu bukan waktu solat. Baginda menjawab: Benar, sesungguhnya jika seorang Mukmin itu menunaikan solat, kemudian ia duduk menantikan solat berikutnya maka ia terhitung sedang mengerjakan solat."

Sama-samalah kita berusaha mencari waktu-waktu yang mustajab Doa, dan mintalah apa sahaja kepada Allah, kerana dialah yang maha Kuasa, maha Mendengar, dan maha Mengasihani...



K.gee diperkenalkan dengan bubur putih bubur merah ini oleh seorang rakan yang berasal dari Johor... pertama kali menikmatinya... wah! rasanya yg manis dan lemak terus jatuh chenta... benar2 sedap... menurut rakan k.gee bubur ini biasanya disediakan sempena hari yg istimewa seperti khatam al Quran, doa selamat, ulangtahun dan mendapat cahaya mata... bubur ini disediakan sebagai tanda kesyukuran dan diberi makan kepada jiran tetangga dan sanak saudara... Kalau nak sediakan untuk minum petang bersama keluarga pun boleh...  jom layan...!



BUBUR PUTIH BUBUR MERAH 

1 cawan beras pulut
1/2 cawan beras biasa
½ cawang gula merah
½ cawan gula
Sedikit garam
1 mangkuk santan

Rebuskan beras dan beras pulut sehingga kembang. Masukkan santan. Bahagikan kepada 2 bahagian. 1 bahagian di campurkan gula merah dan sedikit gula dan satu bahagian lagi dibiarkan warna asal dan ditambahkan sedikit garam. Bila nak makan, sendukkan keduanya ke dalam mangkuk dan sedia dinikmati...


nyum nyum.... sedaappp...

4 comments:

cahayahidupku.blogspot.my said...

Lama akak tak buat bubur ni Gee... selalu dapat sedekah dari jiran rumah jer bubur ni bila anak dorang sembuh demam camtu... :)

zila norazila said...

Aritu mk ada buat jgk kak..smpena bby baru lahir..sedap bubur nie..lemak2 manis

Unknown said...

sedapnya akak tengok macam nak makan skrg jugak ni gee..

mrmama4f said...

wah!!sedapnye bihun sup ni nampak!!sy mmg sgt2 gemar sup2 ni...leh la share resipi ye kak..

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015