Tuesday, March 20, 2012

Donut mayo bercoklat


Bersua kembali selepas berehat beberapa hari di hujung kampong... Harap-harap semuanya sihat, ceria dan murah rezeki hendaknya... Terima kasih kepada semua rakan taulan, sahabat handai dan saudara mara dan kenalan yg mengucapkan selamat hari lahir dan doa buat k.gee tempohari... hanya Allah yg membalasnya... sayang semua.... 

Sejak  terpandang donut mayo yg mungil n gebu di dapor Rahel ituhari, k.gee terus gila bayang.... tambah-tambah lagi anak2 memang suka makan donut... makin membuak2 nak menggodeknya... Terima ksih bebanyak kepada tuan punya resepi donut yg sangat sedap ini... dah ramai yg mencubanya dan semuanya beri puji2an... memang tak rugi mencubanya.... sekali hadap jer dek kami sekeluarga... weeee... Jom layan resepinya...


DONUT MAYO

Sumber : Rahel
Resepi asal : Ros jintanmanis

Bahan-bahannya:

330 gram tepung gandum
1 1\2 sudu besar mayonis
1 sudu besar susu tepung/skim milk
1 biji telur ( dipukul sedikit mengunakan garpu)
140ml air suam
1 1\2 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
sedikit serbuk gula sebagai salutan pada donut mayo ni nanti.

CARA-CARA :

1. Buat doh, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 5 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin
 
4.Bahagi doh pd bebola kecil & rehatkan selama 6-8 minit,kemudian bentukkan seperti donut, lubangkan tengahnya, biar naik 2x ganda & goreng sehingga keemasan, gunakan api sederhana,angkat & salutkan dengan serbuk gula, sedia untuk dihidang.

 

Donut mayo bercoklat.... cubalah...

7 comments:

CT Delima said...

As'salam Gee

Alhamdulillah insan pertama yang sampai, harap dapat merasa donat mayo fav ct ni..hehehe.

jangan pandang belakang Gee kalau makan donat ni, nanti orang lain cekop! donat Gee tu..hehehe. sedapnya Gee ada salutan cekelat tu..Yummy!

izahdaut said...

saya pun dh try donut ni. antara donut yang elok gebunya.. salut coklat lak.. wahhh... anak2 suke ni. saya je selera org dedulu. kalau donut mmg suke je salut gula. hehe

Anonymous said...

sedapnya donut coklat, budak2 suka tapi sebab tukang masak tak minat donut, jadi tak pernah lah buat hehe

rahel said...

Ceh...ceh..cehh...lagi rajin..bercoklat pulak donut mayo ni..dah naik taraf..hehe...sedap kan..suke banget.

Liza said...

liza jugak la tak buat2 lg donut mayo ni...mmg nmpk sedap tuu...

zila norazila said...

salam k.gee...wahhh donut mayo dah sampai ke dapaur k.gee dah..wahhh bercoklat lg..jeless tgok star tue..mcm nk amik sebiji jew..:)

Qasey Honey said...

nmpk gebu donut tu...mmg dlm list dh resepi ni..tliur tgk bile dh diletakkan coklat atas tewww...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015