Tuesday, March 6, 2012

Godaan Talam Roti Paun

 Takmo cakap banyak... jom kita layan kuih yg sedap ni...


TALAM ROTI PAUN

By : Chef Asmah
Cedok dari dapor: Ita Masam Manis
Intai2 di : Dapor Mas & Dapor Yatiememories

Lapisan Bawah
4 keping roti Butterscotch ~ resepi asal roti putih
3 keping roti Choco Raisin ~ resepi asal roti putih
1 biji telur
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
100 ml santan pekat
125 ml air
1/4 sk vanilla essence

Panaskan kukusan
Sediakan loyang bulat berukuran 8 inc
Oleskan minyak makan pada loyang dan lapik dasar loyang dengan plastik.
Oleskan juga minyak pada plastik.
Roti dipotong kecil atau di carik-carik. Ketepikan
Satukan semua bahan-bahan dan kacau dengan whisker hinga sebati
Masukkan roti tadi dalam adunan dan rendam roti selama 30 minit atau sehingga roti lembut dan adunan telah meresap kedalam roti.
Tuangkan adunan dalam loyang.
Tutup loyang dengan aluminium foil atau balut tutup kukusan dengan kain (utk mengelakkan air menitis atas kuih
Kukus adunan selama 25 minit
Sementara menunggu adunan masak kita sediakan lapisan tengah


Lapisan tengah
1/4 cwn tepung gandum
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna hijau
sedikit perisa pandan
Satukan semua bahan-bahan

Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja, tutup api
Apabila lapisan bawah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan tengah
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 25 minit lagi.
Sementara menunggu lapisan tengah masak, kita sediakan lapisan atas pula.


Lapisan atas
1/4 cwn tepung kastard
1/4 cwn gula halus
Secubit garam
1/8 sk vanilla essence
2 biji telur
100 ml santan pekat
100 ml air
sedikit pewarna kuning atau oren ~ tak letak pun takpe

Satukan semua bahan-bahan
Dengan menggunakan whisker kacau adunan hingga sebati
Tapiskan adunan kedalam periuk dan masak dengan menggunakan api yang kecil
Sentiasa mengacau adunan hingga naik wap
~ Adunan jangan terlalu pekat dan jangan terlalu cair kepekatan anggaran susu pekat sahaja, Tutup api
Apabila lapisan tengah sudah masak, keluarkan dari kukus
Lap jika ada air pada permukaan kuih
Cakar permukaan kuih dengan garfu
Kemudian tuangkan adunan lapisan atas
Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga talam masak dengan sempurna
~ Jika tidak tutup permukaan loyang atau tidak balut tutup kukus dengan kain, lap tutup kukus setiap 5 minit untuk menghasilkan permukaan kuih yang kelihatan licin dan rata

Setelah kuih masak sejukkan hingga benar-benar sejuk barulah di keluarkan dari loyang
Potong talam dengan menggunakan pisau plastik yang di oleskan dengan sedikit minyak makan, ini untuk mendapatkan potongan talam yang cantik.

Terima kasih semua....



9 comments:

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Salam Gee...akak pun baru buat...sedap ya...macam bread butter pudding

Mas said...

terasa rasa lagi kesedapan talam ni bila tengok akak buat..
sedapp sangat ...
kann kak...

Qasey Honey said...

sedapnya talam roti tu...
tgk dh ramaikan yg buat talam ni...
mesti sedap...silap2 bleh jadi virus mcm kek arora tu kan...hehehe

sabar dubai said...

wahh mmg menggoda kak..tp syg kt dubai ni xdek roti butterscotch dan raisin segala bagai tuh.....adoii menjilat gambar jelaa kitee tgk..hhuuhuh

Rohah said...

Sudah lama tergoda dengan roti talam nie..cantik kejadiannya..

Gee® said...

Mas >
Ye la Mas, sedap betol kuih talam ni...memang akan buat lagi nanti...

Qasey Honey >
hehehe...cubalah Qaseh sedap tau kuih talam ni...

sabar kagawa japan >
alahai...tak dapek nk membantu... guna roti paun biasa boleh juga kot, cubalah...

Rohah >
Cubalah buat, mmg gerenti sedap dan berbaloi2...

Mas Sani said...

Assalamualaikum, slm perkenalan
Sedapnya tgk talam roti tu...lapar pulak hihihi

anymz said...

setiap kali ke kedai mesti teringat nak beli roti sbb nak buat talam nih..tapi setiap kali tu lah terlupa bila dah masuk dlm kereta...sampai skang tak buat2 lagi talam yang nampak sedap nih..hehe

izahdaut said...

cantiknya talam rotinyer.. best ni makan ngan teh o. kalau ada geng ngan orang2 lama baru best makan kuih gini. sebab mesti diorg suke kuih2 berasaskan santan gini kan

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015