Ini juadah minum petang tadi... vadai versi kak gee... masa kemas2 kabinet dapor terjumpa sebungkus kacang dhal... entah bila k.gee beli pon tak pasti... tengok elok lagi terus rendam dan buat vadai.... tak sempat pon nak belek2 resipi.... godek2 main hantam aje...
Nak resepi? kak gee buat yg simple saje, ala2 cekodok...
VADAI
1 mangkuk kacang dhal (rendam hingga kembang dan blend separuh lumat)
1 biji bawang besar (hiris)
1 biji cili merah (hiris)
Segenggan ikan bilis (tumbuk lumat)
Sedikit jintan manis (tumbuk)
Daun kari
Garam
Minyak untuk menggoreng
Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul sebati. Kepal2kan bentuk bulat leper dan goreng sehingga kekuningan. Angkat dan hidang. Senang kan!
Sila lah....
4 comments:
Salam kak G!!! vadai dgn sama eak dgn yg nama lagi satu tuu eak? hihihi... kita lupa pulak nama yg lagi satu tuu :D peberet kita! itu hari nak carik si kacang dhal lah ni boleh terlupa pulak, nanti sopping nak g carik kacang dhal :D lama sgt tak makan :D
Aslmkm. Cantik nya kejadian vadai Gee ni.... mmg suka sgt kalau kuih2 pedas camni.
menjadi pebret sy kuih nie..krukkrak
salam kak gee
sedapnya makan ptg2 sedap..
Post a Comment