Junjungan Mulia ~ Al Mizan
Tercipta satu lembaran sejarah
Di tanah suci kota Mekah
Hari yang mulia penuh saadah
Bermulalah sebuah kisah
Malam Isnin subuh yang indah
12 Rabiul Awwal yang cerah
20 April tahun gajah
Lahirlah zuriat yang saadah
Lahirlah zuriat yang saadah
Abdullah nama bapanya
Siti Aminah ibunya
Riang gembira menyambut tiba
Lahirnya putera yang berbakti
Keadaan yatim anak mulia
Lahirnya bawa cahaya
Alam derita jadi gembira
Terima junjungan mulia ...
Selawat dan salam buat junjungan Agung Rasulullah s.a.w. "Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku..." Al Nasaí dan Ibn Hibban
Jadi marilah kita bersama-sama banyakkan selawat ke atas Junjungan Rasulullah SAW....
Sempena cuti hari ini k.gee hidangkan laksa kari xpress versi gee-hut....main campak2 aje... xpress sebab k.gee gunakan bahan2 yang ada dalam stok sediada... masak pon untuk 2 orang makan sebab anak2 tidak gemarkan laksa berkari ini... untuk anak2 k.gee masakkan nasi goreng dengan nuget...
Bahan - bahan
1 paket laksa basah
4 ekor ikan kembong - bersihkan, rebus dan tumbuk isinya
2 sudu rempah kari Babas
2 batang serai - dititik
1 mangkuk santan
2 sudu kerisik
1 senduk minyak masak
4 keping asam gelugor
Daun kesum
Bahan kisar :
1 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
Segenggam cili kering
Bahan iringan
Timun, Telor rebus, cili padi, limau nipis/limau kasturi, bawang hiris
Cara-caranya:
Celur laksa basah seketika dan ketepikan.
Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, rempah kari serta serai hingga wangi dan bangkit baunya. Kemudian masukkan ikan tumbuk tadi, gaul gaul dan curahkan santan serta sedikit air. Masukkan kerisik, garam, gula, daun kesum dan asam gelugor. Biarakan mendidih. Biarkan mendidih lama sedikit dan terbit minyaknya. Tutup api dan bolehlah dihidang bersama laksa dan bahan2 iringan yang digemari. Cubalah...
Subhanallah...
7 comments:
Salam Maulidur Rasul Gee..
menyelerakan sungguh laksa ni, terliur betul di buatnya...
Salam Maulidurrasul gee...laksa yg buat saya lapar...sedapnya gee
Salam ukhuwah fillah drpd : suteraungu87.blogspot.com
Salam Maulidur Rasul Gee.... dah duduk bersila ni hulur mangkuk kosong nak makan laksa kari! Sedapnya...!
Salam Maulidur Rasul
cuti2 nisedap nya kalu ada laksa semangkuk he he
tun pun baru lepas melaksa jugak.. tp sbb xde garnish cantik2 nk letak cancel nk amik gambar. hihi...
salam gee wah sedap nya laksa kari... pernah makan mak saudara buat...minta izin kopi pasta resepi yaaa...
Dah mcm rupa laksa Johor je Gee? terlior akak ni...
Post a Comment