Assalamualaikum... Salam pagi Isnin dan salam siaran buat teman-teman di luar sana... ada yang masih bercuti ke? seronoknya makan angin yer... naik kuda? waaaa... hati-hati jangan sampai terjatuh dari kuda pulak nanti... hehehe... k.gee dan famili bercuti di rumah saje sambil layan selera anak-anak... walaupun penat sikit tapi terasa bahagia bila tengok anak-anak berselera makan...
Tortila egg roll ini antara menu kegemaran kami sekeluarga... menu yang simple dan mudah disediakan... k.gee cuma gunakan tortila segera yang dibeli di pasaraya... tortila boleh dipelbagaikan mengikut gaya dan selera kita sendiri... selain telur boleh juga diintikan dengan ayam, daging, sardin atau sayur-sayuran... k.gee dapat idea ini dari dapur Diana (sky blue's kitchen).. kalau menu-menu sebegini k.gee memang selalu intai-intai dapur Diana... dia memang kreatif...
TORTILLA EGG ROLL
BAHAN-BAHAN :
5 keping tortilla wrap
5 biji telur
Cili padi - hiris nipis
Bawang merah - hiris nipis
Buah tomato secukupnya
Salad
Thousang island
Mayonis secukupnya
Sedikit garam
Sedikit marjerin
CARA MEMASAK :
Pecahkan telur dan campurkan dengan bawang dan cili padi yang dihiris. Tambahkan sedikit garam. Kacau rata. panaskan kuali dan ambil 2 senduk telur tadi dan goreng seperti menggoreng telur dadar. Buat 5 keping.
Sediakan tortilla, panaskan kepingan roti tortilla dan disapu dengan sedikit thousang island. Letak salad, telur goreng tadi, tomato dan mayonis. Lipat atau gulung dengan kemas. Sedia dihidangkan...
Dah siap menu malas k.gee...
jemputlah...
4 comments:
SALAM
WOW!!!SEDOPNYE...
Assalamualaikum kak Gee
Lama betul x jalan2 sini. Menda2 simple mcm ni always mendapat perhatian sue. Sesuai la..I kan pemalas.. Hehehhee
tabik spring la kak gee..sy cuti..dapo pon cuti!!
cantiknya blog akak...makanan pulak semua sedap2...lapar perut saya jadinya...hehe
Post a Comment