Sudah sarapan? Pagi ini k.gee makan kuih vadai.. sendiri bikin tau!! seketul demi seketul masuk perut dengan secawan besar teh tarik... alhamdulillah kenyang perut... baru puas hati dapat makan kuih buatan sendiri... walaupun tidaklah sehebat yang dijual di luar sana.... haha
Apa yang k.gee tahu kuih vadai merupakan kuih tradisional masyarakata India... ia juga dikenali dengan berbagai gelaran seperti vada, vadei, wada, masala, masa lode atau pun vadai yang bermaksud adunan rempah... biasanya kuih ini menjadi sajian minum petang yang dijamu panas-panas dan garing... rasanya yang agak pedas dan berempah membuatkan ianya digemari bukan sahaja oleh masyarakat India malah semua golongan terutama masyarakat Melayu yang kini ianya banyak dijual di pasar-pasar malam dan gerai2 makanan...
Ok lah mai kita tengok resepi
VADAI
Sumber : Jintan Manis
Bahan-Bahan
250 gram kacang dal (direndam dalam air selama sekurang-kurangnya 4 jam, kemudian toskan)
2 tangkai cili kering - dihiris halus
1 tangkai daun kari - dihiris halus
1/2 labu bawang besar- cincang halus
1 camca teh jintan manis (biji)
1/2 sudu teh garam (atau secukup rasa)
Sedikit kiub ikan bilis (k.gee tambah)
.
Cara-cara
- Kisar kacang dal dengan blender. Tak kisah lah kalau ada yang tak hancur sepenuhnya.
- Campur dengan semua bahan. Rasakan garamnya.
- Leperkan dengan tangan dan goreng hingga kecoklatan.
Vadai... vadai... vadai...!! panas panas...
mari mari... 2 singgit...2 singgit...
2 comments:
buat sendiri lagi bagus, kadang2 yang bli pun tak menepati selera kita kan Gee?
nak 2 hengget Gee panas panas tau!! hhaha lama dah tk buat vadai ni betul kata kakrose sdp buat snediri..
Post a Comment