Saturday, July 2, 2016

Biskut pasir... nostalgia beraya di kampung


Baru hari ini k,gee dapat menyediakan kukis untuk hari raya... Jeles tengok orang lain yang sudah berderet kukisnya dalam balang... berwarna warni dan aneka rupa lagi... Pagi ini anak dara k,gee rajin nak bantu buat biskut raya... Siap dia sediakan senarai biskut yang digemarinya... biskut choc chips, biskut oreo black beauty, biskut famos amos chef amer, cornflakes coklat dan tidak lupa biskut pasir... biskut kegemaran wan (nenek) katanya...   


Biskut Pasir memang kukis favourite family k,gee dari dulu lagi sejak dari arwah wan k,gee, kemudian turun kepada emak dan sekarang k.gee pulak mewarisi resipi tradisi ini... kata emak, biskut ini dinamakan biskut pasir kerana teksturnya yang seakan-akan berpasir dan ada deraian habuk di hujung jari apabila memegangnya... ia dibuat menggunakan lemak sayur... zaman emak dulu dipanggil spry dan sekarang lebih dikenali sebagai shortening... acuannya juga agak unik dan menggunakan kaedah tekan dan potong... masa kecil dulu k.gee paling suka dapat tolong buat kukis ini... bangga nya dapat buat kuih raya... seronok ! 


BISKUT PASIR

Bahan:
1 cawan shortening (lemak sayur)
1/2 cawan marjerin
1 cawan gula halus
1 1/4 cawan tepung kek (self raising)
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu serbuk koko
Tepung gandum (ikut lembut)
1 biji kuning telur

Cara :

Masukkan shortening, marjerin dan gula ke dalam mangkuk dan kacau rata. Tak perlu kembang sangat cukup sekadar rata dan sebati. Masukkan bahan2 yg lain kecuali serbuk koko. Jika adunan lembek tambahkn tepung gandum. Uli hingga sebati. Bahagikan kepada 2 bahagian dan satu bahagian dicampurkan serbuk koko. Ambil satu bahagian warna asal dan satu bahagian warna coklat.  Bentukkan memanjang dan lekatkan keduanya. Masukkan ke dlm acuan dan tekan potong sehingga habis... Bakar dalam oven 15 minit suhu 175'c.



Salam Lebaran semua... 


3 comments:

NaTaLiE said...

salam dan selamat hari raya.sangat sangat berminat dengan biskut ni dan boleh tak tolong tunjukkan macamana acuan , cara menekan dan memotongnya.

izahdaut said...

Akak selamat hari raya juge buat akak sefamily. Mohon maaf zahir n batin. Nak sekut sikittt hehe

izahdaut said...

Akak selamat hari raya juge buat akak sefamily. Mohon maaf zahir n batin. Nak sekut sikittt hehe

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015