Tuesday, November 24, 2009

Qurban


Apakah tujuan Qurban?

~Qurban dilakukan semata-mata kerana ALLAH pada Hari Raya Haji (10 Zulhijjah) dan hari-hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Apakah jenis binatang yang SAH untuk dijadikan Qurban ?
~Kambing biri2 yang berusia 1 tahun lebih
~Kambing biasa yang berusia 2 tahun lebih
~Unta yang berusia 5 tahun lebih
~Lembu atau kerbau berusia 2 tahun lebih,
~Binatang yang buta, sakit, kurap dan yang kurus TIDAK SAH dijadikan Qurban.

Apakah perkara2 sunat ketika membuat sembelihan?
~Membaca bismillah
~Membaca selawat atas Nabi SAW
~Membaca takbir mamuji Ilahi
~Berdoa agar ALLAH terima iabah Qurban yang kita lakukan ini
~Binatang yang hendak di sembelih itu, hendaklah ia dihadapkan ke kiblat

Apakah jenis-jenis Qurban dan hukum daging Qurban?
~Qurban Nazar
Apabila seorang bernazar untuk melakukan Qurban maka wajiblah atasnya melaksanakannya. Dagingnya juga WAJIB DISEDEKAHNYA KESEMUANYA. Kita TIDAK BOLEH makan, mahupun menjual daging tersebut.
~Qurban Sunat
Daging Qurban sunat pula, BOLEH dimakan dan boleh juga disedekahkan. Tetapi daging Qurban TIDAK BOLEH sama sekali dijual beli.

Sekian.

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015