Monday, April 5, 2010

Kursus Haji ~ Bab Tawaf

4 April ~ Kursus Haji @ Masjid Negeri SAS bab Tawaf oleh Ustaz Badrul Huzaini, Nadwah.

Tawaf - (ﻃﻮﺍﻑ) - adalah perlakuan mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh kali. Tawaf adalah salah satu perlakuan ibadah yang dilakukan oleh Muslim dan hanya dilakukan di Masjidil Haram. Ada enam jenis Tawaf :-
Tawaf Qudum (ﻗﺪﻭﻡ ) - tawaf "selamat datang" yang dilakukan ketika baru sampai di Mekah.
Tawaf Ifadhah (ﺇﻓﺎﺿﻪ) - tawaf yang menjadi rukum haji dan dilakukan bagi mereka yang telah pulang dari Wukuf di Arafah. Juga dinamakan bagi tawaf rukun umrah.
Tawaf Sunat (ﺳﻨﺔ) - tawaf yang dilakukan semata-mata mencari ridha Allah pada bila-bila masa.
Tawaf Tahiyyat (ﺗﺤﻴﺔ) - tawaf sunat yang lazim dilakukan sebaik sahaja memasuki Masjidl Haram.
Tawaf Nazar (ﻧﺬﺭ) - melakukan tawaf untuk memenuhi nazarnya.
Tawaf Wada' (ﻭﺩﺍﻉ) - tawaf "selamat tinggal" yang dilakukan sebelum meninggalkan kota Makkah sebagai menghormati dan memuliakan Baitullah.
Ustaz menunjukkan pelbagai teknik/taktik orang melakukan Tawaf ~ tawaf berangkai, tawaf berpimpin, tawaf berekor dan macam2 lagi sedangkan sebenarnya kaedah itu tidak elok dilakukan

eQa pun kursus haji juga...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015