Tuesday, May 11, 2010

Home Made Sardin

Syukurlah ada orang yang pandai membuat sadin sendiri. Lepas ni bolehlah hubby makan sadin...hehe... terima kasih kepada Blog CMG...

Ramuannya:~

2kg ikan tamban besar/selayang
1 1/4 cawan tomato puree
5 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
halia sebesar ibu jari
3 1/4 cawan air
garam dan gula secukup rasa
Minyak
Yang penting kena ada pressure cooker


Mula2 siangkan ikan tersebut dan buangkan ekor dan kepalanya. Cuci bersih dan perapkan bersama sedikit jus limau nipis dan garam selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
Tumiskan bahan2 kisar di dalam pressure cooker apabila minyak telah pijar. Apabila telah naik bau masukkan tomato puree hingga terbit minyak dan kemudian masukkan air gula dan garam secukup rasa.

Apabila kuahnya mulai mendidih masukkan pula ikan tersebut dan segera tutup pressure cooker rapat2. Biakan sehingga ianya berbunyi berdesir atau wisel dan slowkan apinya dan biarkan selama 1 jam atau mengikut periuk masing2. Selepas itu matikan api dan biarkan sebentar pressure cooker tersebut sehingga wapnya benar2 telah keluar dan bolehlah dibuka dan keluarkan ikan2 tersebut bersama kuahnya. Namun perlu diingatkan di sini hanya dengan menggunakan pressure cooker sahaja ikan ini akan lembut tulang2nya sama seperti ikan sardin yg kita beli di dalam tin itu. Tanpa pressure cooker ini, ianya tidak akan menjadi. Kemudian masaklah resepi kegemaran anda...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015