Sunday, June 19, 2011

Ahai...cekmek molek

Oh! Ho! Hoii! Kalau mata dan bertentang mata Hati didalam bagai nak gila. Heh! Senyumlah senyumlah Ah! Ha! Cek mek molek... gelek bang gelek.... alahai sambil sarapan cekmek molek moh kita bergelek gaya Dato'M.Daud Kilau... awww.... 

Terhibur juga dengan rancangan Nasi Lemak Kopi O di TV9. Semalam nostalgia lagu dangdut dan ada pulak Raja Gelek Malaysia Dato'M.Daud Kilau dengan bajunya yg berkilau-kilauan... terus akak dapat ilham nak buat cekmek molek pagi ni... mungkin kuih ini berasal dari negeri kelantan kot sebab tu namanya cekmek kan... btw kuih yg ringkas, mudah, cepat dan semestinya sedap kan...


Cekmek Molek

Bahan-bahan:)

Tepung gandum secukupnya
500 gm ubi keledek - direbus dan dilenyek
sedikit garam
gula secukupnya (untuk inti)

CARA MEMASAK :
- Rebus ubi keledek sampai lembut dan toskan air, kemudian lenyek dan masukkan tepung gandum serta sedikit garam.
- Kepal-kepal dan diuli jadi bentuk bujur kemudian leperkan doh dan isikan bahagian tengah dengan gula kemudian uli balik dan bentukkan doh jadi bentuk bujur.
- Panaskan minyak secukupnya dan goreng adunan sampai masak. Angkat dan tos tunggu sejuk dulu baru la makan sebab gula dalam kuih masih panas .

2 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak...
diana x perna lg buat kuih nie... nmpk sgt sedap... namanya pun cantik.. hehehe... cekmek molek.. ;)

Gee® said...

hehe diana...kuih ni famous di pantai timur di m'sa timur takde kot... kira adik beradik ngan cucur badak inti jer berbeza... cubalah

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015