Tuesday, June 28, 2011

Siapa nak kena bom...??


Kacak luar
Kacak dalam
Kacak dengar sini
Kalau saya senyum
Awak mesti senyum sekali
Kalau kita senyum
Semua orang berjangkit
Bila semua orang senyum
Dunia tiada penyakit
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa
Senyum
Tak perlu kata apa-apa

Haaa...apahal lak senyum semacam jer tuh... owww kutuk kuih bom akak ni yer? tak baik tau... tak tidur malam akak mengebom semalam... mood rajin....


Sambil senyum2 tu mari tengok resipi  yer...layannnn

Kuih Bom Keledek
Sumber : MaDiHa 
Ubahsuai : gee-hut

Bahan Doh
1 cawan keledek rebus yg dilecek
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung pulut
air secukupnya
Sedikit garam
bijan secukupnya (akak guna bijan putih dn hitam)

Cara2

Bancuh keledek lecek bersama tepung hingga rata. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga rata. hingga dpt doh yg lembut. Ambil doh sebesar bola pimpong dan leperkan. Masukkan inti dan tutup lalu dibulat2kan. Salut dengan bijan dan kepal2 supaya bijan elok melekat. Goreng dlm minyak yang panas

Bahan Inti
1 biji kelapa parut yang muda
gula merah secukupnya (ikut manis yg anda mau) ~ masak dlm periuk dengan 2 cawan air kemudian ditapis habuknya.
2 sudu tepung pulut untuk melikatkan inti (akak guna tepung gandum)
2 helai daun pandan

Cara2 memasak

1. Tuangkan air gula merah ke dalam kuali dan masak.
2. Campurkan terus kelapa parut & daun pandan.
3. Masak hingga air agak kering.. taburkan tepung pulut ke atas inti rata2 dan gaulkan rata sambil dikacau2.
4. Rasakan inti.. jika kurang manis.. boleh tambah gula pasir hingga dpt manis yg anda suka.
5. Biarkan inti agak kering dan bolehlah digunakan.

8 comments:

Chik Mimi said...

sedap ni kak gee dah lama sy tak mengebom hahhaa

Gee® said...

Chik mimi >
confirm sedap sbb tapau gi opis tak smpi seminit abih... memang bebaloi buat kuih ni... hb akak pon suka

anna said...

sedapnya.... sedapnya.... sedapnya.....

Gee® said...

anna > hehehe...licin dah

Diana @ Melley Mey said...

akaaaak... diana x nak kena bom.. heeheee.. tp nak minta kuih bom jer... hiihiii

Gee® said...

Diana > alaaa... nanti akak pos bom tu yek... harap2 tak meletup la

Mieza said...

Assalamualaikum..singgah tgk resepi kuih bom ni..teringin nak mencuba..mieza follow ya..jemput ke blog mieza :)

Kak Am said...

salam ziarah, pernah makan kueh bom ni mmg sedap nak copy resepi ya, thanks..