Saturday, June 25, 2011

Talam cendol

Mari mari makan talam cendol... akak belanja...horay!! seronok kan dapat makan dengan kawan2 tambah pulak free...bertambah2 sedapnya... Sebenarnya dah lama teringin nak buat kuih ni, dok belek2 sajian kat dapor ayu singapore tu, berkenan sangat... kalau ikutkan hati semua yg dipandang semua terliur... huh!! pening dibuatnya....macam mana nak diet camni asyik layan tekak aje kan...

 Talam cendol yg diskodeng di dapor ayu tu ada tambah jagung manis, akak tak letak...sengaja nak rasa keenakan cendol 100%... kalau tambah jagung nanti bimbang tak cukup seloyang sedap punyer pasal... 


Tumpang letak resepi di sini yer Ayu...thanks

Talam Cendol
Sumber : Ayu Singapore

Bahan-bahan


80gm cendol
100gm jagung manis dalam tin (akak tak letak)

Bahan Lapisan Bawah
60gm tepung beras
30gm tepung hoen kwe
100gm gula halus-(Ayu gunakan 80g)
1/4 sudu teh garam
300ml santan pekat KARA
200ml air

Bahan Lapisan Atas
30gm tepung beras
10gm tepung jagung
200ml santan pekat KARA
100ml sirap gula melaka (1/2 ketul gula melaka dimasak dgn 50ml air)

Cara-cara

1. Satukan bahan lapisan bawah, tapis dan masak di dalam periuk non stick hingga mula pekat kemudian masukkan cendol dan jagung manis, kacau rata. Angkat dari api dan segera dituangkan kedalam loyang 8" yang telah disapu dengan sedikit minyak. Ratakan permukaan adunan dan kukus selama 15 minit.

2. Satukan bahan lapisan atas, tapis dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi. Tutup loyang dengan aluminium foil dan kukus selama 30 minit sehingga lapisan nampak kental. Angkat dan sejukkan dahulu sebelum dipotong

2 comments:

izahdaut said...

woo kak gee lagi rajin yoo.. tak nah lagi merasa talam cendol. tibe2 tringin nak minum air cendol tengah hot hot ni...cantik aaa.. sweet je talam cendol akak ni

Gee® said...

thanks izah...hehehe