Saturday, June 18, 2011

Apam kentang

Adoyaiii.... ini kes tergoda apam kentang yg k.nor tayang laa... sampai termmpi2, tak lena tidur dibuatnya... pukul 3 pagi bangun bancuh apam kentang...sori la jiran2 kalau terganggu dengan bunyi bising subuh tadi yer... 

Huh..!! sebijik2 cedok resipi k.nor ni cuma ubah kaler kuning jer... minta halal yer k.nor nak tepek resipi kat sini pulak... bebanyak terima kasih la memang bebaloi buat apam ni... gebusssss sangat dan tak puas makan... lepas sebutir sebutir kena ngap.... sedapppppp


APAM KENTANG

Sumber : Seri
Sumber : SecubitGaramNor67

Bahan-bahan:
* 3/4 cwn gula pasir
* 200 ml air
* 1 helai daun pandan
* 2 cwn tepung beras
* 1 cwn kentang rebus
* 3/4 cwn tpng gandum
* sedikit garam
* 1 sk yeast
* 1 sk b.powder
* pewarna hijau atau yg digemari/pandan paste
* 250 ml santan

Cara-cara:
1. Kentang rebus di blend bersama dngn santan(biarkan sebentar)
2. Masak gula bersama air dan daun pandan.
3. Dlm mangkuk lain, satukan tepung beras, tepung gandum,yeast, b.powder dan garam.
4. Satukan semuanya dlm blender dan kisar sebati.
5. Perap selama 1 jam.Sapu minyak pada bekas kecil2.
6. Kukus dalam bekas kecil2 selama 15 minit.
7. Kalau guna loyang besar, kukus selama 40 minit.
8. Apam ini boleh di makan bersama dgn kelapa parut

3 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualikum akak...
wah sedaaapnya apam kentang tu akak... nak seketul boleh? ^_^

Gee® said...

alololo... abish dah... awal2 lagi dh kena ngap... len kali ek

K.Nor said...

Ge... smlm k.nor cari kotak komen tak jumpa.. arini masuk baru nampak.. main silap mata ke? hehe.. cantik kaler kuning apam tu.. sedap kan.. tak rugi cuba kan.. bak 2 ketul utk k.nor :)

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015