Thursday, June 23, 2011

Ikan goreng taucu...menu bidan terjun

Salam semua... rindu 2 hari tak bersiaran & 2 hari juga dapur tak berasap... hubby layan masakan kedai aje laa, kasihan hb...

Menu ikan goreng taucu ini sempat masak sebelum out station ituhari... nak menggulai bimbang tak sempat jadi masak yg mudah dan cepat... seperti biasa podeh jadi tajuk utama... akak masukkan 5 biji cili padi dan 5 biji cili hijau dengan 2 ekor ikan pelaling goreng garing.  Meh kita layan resipi taucu ni...


Ikan Goreng Taucu

Bahan-bahan:)


2 ekor ikan pelaling
1 biji bawang besar, hiris bulat
3 ulas bawang putih, diketuk
1/2 inci halia, diketuk
5 biji cili padi, ditumbuk pecah
5 biji cili hijau
1/2 cawan air asam jawa 
2 camca besar taucu
1 cawan air
Garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)

Ikan dibersihan dan goreng garing.  Angkat dan ketepikan.
Pansakan kuali dan tumis bawang putih, halia dan cili padi yg ditumbuk kasar.  Masukkan cili hijau dan juga taucu. Kacau rata dan masak hingga terbit minyak.
Masukkan air asam jawa, gram dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan. Masak perlahan hingga kuah pekat sedikit.  Angkat dan hidangkan segera.

2 comments:

izahdaut said...

akakkk... mak saya suke masak camni.. rindu lak masakan omak kat kampung.. huhuh.. kuih putri sebilik tu tringin nak buat. cantik pun cantik kan. mcm tepung bungkus ke rasa dia kak?

Gee® said...

ye izah, kuih putri sebilik tu adik beradik tepung bungkus la kot..sedap...