Saturday, June 25, 2011

Nasi dagang 1st trial

Selamat pagi semua... Sarapan istimewa apa yer pagi sabtu ni? Ohoo...akak masak nasi dagang tau hasil berguru dengan mak cha member ofis akak yg pakar nasi dagang tuh...... ahai pertama kali buat nasi dagang dapat 2 star jer hubby kata...huuuuu

Nasi dagang ni kalau dibungkus dengan daun pisang lagi sedap tau, wangi jer... tapi tak ada stok daun pisang la pulak...

Jom layan resepi nasi dagang

NASI DAGANG

NASI
# 3 cawan beras biasa + 1 cawan beras pulut
#  cawan santan
# garam dan gula
# 1 sudu besar halba
# bawang dan halia ~ hiris
# air

Cara-cara :
Campurkan kedua2 beras, basuh dan rendam 1 malam. Masukkan beras dalam pengukus dan kukus sehingga wap naik. Biarkan seketika selama 5-10 minit. Angkat dan pindahkan ke dalam bekas yang besar. Masukkan air atau santan cair sehingga beras tersebut kembang dan garam secukup nya. Kukus buat kali kedua. Masukkan nasi ke dalam pengukus dan kukus sehingga naik wap. Masukkan halba, bawang dan halia. Biarkan seketika. Setelah itu, angkat dan pindahkan ke dlm bekas. masukkan gula dan santan yg dibancuh dengan sedikit air.

GULAI IKAN TONGKOL
* 1 ekor ikan tongkol
* 1 cawan santan pekat
* 1 biji bawang besar
* 3 ulas bawang putih
* 2 cm halia
* cili kisar
* 3 keping asam keping
* garam dan gula
* 5-6 biji cili padi

Ikan direbus bersama asam keping dan sedikit air sehingga masak dgn api yg perlahan. Masukkan santan ke dalam periuk yang berasingan. Santan tersebut hendaklah dibancuh terlebih dahulu dgn 1 liter air. Masak santan tersebut dgn api yg perlahan selama 30-40 minit. Kacau sekali- sekala supaya santan tidak berketul. kemudian masukkan bhn2 yg di blend ke dalam santan. cili kering di blend dan di tumis dgn minyak di dalam kuali. Bila dah agak garing, masukkan rempah.tumis sehingga naik minyak. Bhn tumis dimasukkan ke dalam santan. Masukkan gula, garam dan asam keping. Tunggu sehingga mendidih dan naik minyak barulah masuk ikan tongkol yg direbus. Air rebusan ikan tongkol turut dimasukkan. Masukkan cili padi.

ACAR
* 2 batang timun
* 1 batang lobak merah
* sepotong nenas
* 1/2 biji bawang besar
* 1 biji lada besar
* cuka, garam, gula

Timun, nenas dan lobak dihiris nipis dan panjang2. Bawang dan lada dimayang. Campur ke semua bhn2 tersebut ke dalam bekas. Masukkan cuka, garam dan gula. 

6 comments:

Juwita Jamaludin said...

salam kak gee.. sedap nasi dagang ita pun pernah buat sekali kawan bagi beras nasi dagang tu yang try tu.. sedap nampak nasi akak.. tumpang makan sini yek..

Gee® said...

1st time buat ita, bolehlah makan anak beranak... nk post kat ita malu lah... entah sedap ke tidak...ahaks

wana yusuf said...

slm gee... akk pun baru nak belajar wat nasi dagang... akk tak brp suka makan, tapi nak try buat gak sbb bhn nya dah ada...entah cam mana lah rupa nasi dgg akk nanti....

Gee® said...

selamat mencuba wana...sedap nti boleh tumpang semanngkok ek...hehehe

Diana @ Melley Mey said...

akak...
sedapnya nasi dagang nie.. dah lama x makan nasi dagang nie... rindunya nak makan...

Gee® said...

Diana >
sejak berblogging nih mcm2 resepi dh cuba buat... asik terliur jer mana boleh jadi kan...hehehe