Friday, June 17, 2011

Talam permata...ahh permata yg hilang

 
Salam semua... semoga kita sentiasa diberi kebahagian dan keberkatan oleh Allah swt di hari Jumaat yg baraqah ini... bersyukurla dengan rezeki dan nikmat yg dikurniakan...  


Sajian hari ini, kuih talam permata.  Huuuu... tapi sedih la kejadian talam ni tak berapa cun tak fotogenit langsung... malu pulak rasanya nak post... mujur buat 1/2 adunan saja dari resipi asal kalau tidak pakat tidor 2 pagi lah... tapi tak apalah kan (nk pujuk hati sendiri...huuuuu) sape2 yg sudi tu tengoklah yg tak sudi tu maap ajelah yer...saya budak baru belajar...hehehe...

Punyalah teruja dapat jer resipi (e-mail dr sahabat lama...) terus buat, tak tengok kiri kanan dah... adoiiiii....padan muka aku...anyway terima kasih kpd shabat lama dan mahagurunya chef asma... nampaknya kena berguru juga lah ni...


LAPISAN PERMATA

(A)
100 gm sago biji (besar) – dimasak sehingga mendidih)

(B)
90 gm tepung beras
80 gm tepung ubi
150 ml santan pekat
100 ml air

(C)
140 gm gula halus
100 ml santan pekat
200 ml air
½ tsp garam
2 helai daun pandan

Cara-caranya
Masak kesemua bahan (C) untuk mencairkan gula dan sejukkan.
Satukan kesemua bahan (B) dan dicampur dengan bahan (C).
Tapis dan masukan bahan (A).

LAPISAN BERWARNA – 3 Warna

(A)
150 gm tepung beras
270 gm tepung ubi
250 ml santan pekat
250 ml air

(B)
240 gm gula halus
200 ml santan pekat
300 ml air
1 tsp garam
2 helai daun pandan
(C)
¼ tsp pewarna pink,
¼ pewarna ros aminah,
¼ pewarna hijau &
¼ esen pandan

Cara-caranya
Masak kesemua bahan (B) sehingga gula hancur dan sejukkan
Satukan kesmua bahan (A) dan campurkan dengan bahan (B)
Tapis dan bahagikan kepada 4 bahagian – putih, ros, hijau dan pink
Kukus setiap lapisan selama 5 minit
Lapisan terakhir 25 minit.

2 comments:

AZLITA AZIZ said...

apa yg tak jadik gee.. kurang sagu ke??
tapi nampak menarik jugak ni.. rasanya mesti sedap sebab ada sagu..

tak pe lah nanti boleh cuba lagi... janji boleh makan..kan..

Gee® said...

lembek ita yg part permata tuh..susah nak potong...asik tergelincir jer..rasa memg sedap amek resipi chef asma.. tu la jeles tgk kuih talam ita yg cun tuh...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015