Sunday, June 5, 2011

Dinner ala kadar

Roti poket...juadah makan malam kami yg ringkas dan mudah.... siangnya dah makan kenduri almaklum sajalah dengan nasi minyak, ayam masak merah, opor daging, pajeri di tambah pulak dessert aiskrim dan bubur pulut hitam....weeeee betul2 punya kenduri nii... tak tahu berapa gantang kolestrol dah kene telan.... perut pun rasa nak meletup

Dapat idea buat roti poket ni hasil selongkar kat dapor Roz... bagus idea ni, bukan sahaja mudah malah menarik dan yang penting sedap... terima kasih tuan punya idea.  Moh kita nengok resipinya...


BAHAN2:

10 keping Roti
1-2 biji Telur + Garam + Lada Sulah - pukul sedikit
Sepiring Serbuk Roti

CARA2:
1. Lapiskan 2 keping roti & gelek sehingga nipis.Potong bentuk bulat menggunakan cawan/gelas.
2. Celup dlm telur & kemudian serbuk roti.
3. Goreng sehingga gelembung & warna keperangan.
4. Potong dua & isikan dgn bahan kegemaran.

Intinya :
Akak guna drummet ayamas yg digoreng garing dan hiris kecil2.  Tumiskan bawang dan perasakan dengan sos cili dan  tomato.  Gaulkan dengan ayam tadi.  Kemudian masukkan ke dlm poket dan boleh ditambah timun, salad dan tomato jika suka. Cubalah...

No comments:

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015