Sunday, June 12, 2011

Roti coklat pecah dara

Assalamualaikum semua... hmmm anak2 dah ready ke nak kembali ke sekolah? maklumlah 2 minggu berpeleseran di depan TV, sure liat nak ke sekolah semula... mana yang tinggal di asrama tu pastikan kelengkapan semua sudah lengkap takut2 nanti banyak lah pulak benda yg tercicir...stok makanan jangan lupa bawa balik ke asrama...

Apa hal pulak pecah dara tu kak oi..!! macam tak ade tajuk lain.... hehehe saje teman beri tajuk yg ghairah sikit nak tumpang glamour kononnya yong... teman ni baru beli acuan roti, tu la yg teman maksudkan dengan pecah dara tu... dara si acuan macam kat bawah ni... hampir2 teman nak berguling kat kedai jual acuan tu, macam rusa masuk kampung, hehehe... apa daknya macam2 bahan baking ada di situ... tak sedar beratuih duit teman lebor... tapi puas hati sebab memang dah lama cari acuan ni... terima kasih bebanyak pada kak wan kerana memperkenalkan kedai baking tu...   

Roti coklat ni buat sarapan pagi tadi... resipi bun coklat CMG, tapi akak tak letak susu high calsium perisa coklat macam mat tu akak ganti dengan susu dutch lady rendah lemak aje...derhaka sikit yer bang mat dan minta halal yer cedok dan tepek resipi di sini... 



BAHAN-BAHANNYA :-)
200 gram tepung roti
50 gram tepung gandum
10 gram serbuk koko
15 gram susu tepung
125 ml susu tinggi kalsium perisa coklat (macam dalam gambar diatas)
30 gram telur (pecah satu biji, kacau dan timbang)
60 gram gula halus
7 gram instat yeast
1/4 camca teh garam
1/2 camca teh bread improver
1/2 camca teh bread softerner
40 gram mentega

CARA MEMBUATNYA :-)
1.UNTUK DOH :- Sediakan beks berisi air panas, susu tinggi kalsium dituang dalam cawan tahan panas dan rendam cawan tadi dalam bekas berisi air panas, hingga susu suam. Keluarkan cawan dan masukkan yis ke dalam susu suam tadi, kacau rata dan biar berbuih.

2.Satukan semua bahan2 diatas, kecuali mentega, bersama susu + yeast tadi, gaul rata hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus menguli hingga mendapat doh yang kenyal dan tidak melekat ditangan (kurang lebih 20 minit menguli tanpa henti). Bulat2kan doh, letak dalam bekas, tutup bekas tadi dengan plastik cling dan biar terperap semalam 1 jam atau naik sekali ganda.

3.KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas ke dalam Breadmaker, pilih setting untuk DOH dan tekan "ON", tunggu hingga siap.

4.UNTUK BUN COKLAT :- Keluarkan doh tadi, tumbuk untuk membuang udara, bahagiankan kepada 9 bahagian sama besar, bulat2kan setiap bahagian tadi sehingga licin, susun dalam tin pembakar bersaiz 8 inci x 8 inci x 3 inci yang telah disapu dengan sedikit mentega, buat hingga siap.

5.Perap 45 minit atau hingga naik sekali ganda. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 190C selama 25 minit tau hingga kuning keemasan. Bila masak, keluarkan bun dari tin dan sejukkan atas jaringan, jika suka boleh sapu mentega pada permukaan bun tadi...

2 comments:

izahdaut said...

Auuuww malu baca tajuk. Hehee..
Eh eh cantik la acuan die. Saya tak peernah ada la acuan gini.elok cantik je ye dia bakar?

Gee® said...

hahaha...dara acuan la izah bkn dara pengantin... akak baru beli acuan tu kat kedai Bake with Yen d KL...lama dah cari bila jumpa semlm terus sapu smpi 2 plak tuh...

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015