Thursday, June 30, 2011

Karipap pusing ~ air tangan bonda

Assalamualaikum dan salam ceria semua...mari kita senyum sama-sama..

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum

Senyum... kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum... membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan... 

 Cuba tengok karipap pun pandai senyum....heeeee....macam kerang bucuk dia menyeringai kat situ...

Ok menu sarapan kami pagi ini karipap pusing air tangan bonda... memang karipap ni fav bonda akak tapi dia fav bab buat aje yg bab makan tu fav anak dia...heeee akak laaa.....kikkikkik....  Bonda akak memang terer buat karipap pusing2 ni, rangup dan garing...  akak tolong buatkan inti jer semalam...  letih sangat badan terlelap awai... z z z z z z


Karipap Pusing

Bahan-bahan

Doh A
marjerin
150 gm
300 gm tepung gandum

Doh B
700 gm tepung gandum
satu sudu kecil garam
air (ikut lembut doh)

Inti
1 kilo ubi kentang - potong dadu
4 ketul isi ayam - potong dadu
2 biji bawang besar - potong dadu
4 ulas bawang putih
2 sudu rempah kari - bancuh dengan sedikit air
1 sudu cili mesin
Garam dan gula
Minyak
Daun sup & daun bawang

Cara membuat inti:
*Tumiskan bawang putih yg ditumbuk bersama sedikit udang kering. 
*Masukkan bancuhan rempah kari dan cili mesin.  masukkan pula yam yg didadu.  Biarkan seketika.  kemudian masukkan kentang dan bawang dan kacau sebati. 
*Tambahkan sedikit air dan biarkan sehingga kentang empuk. 
*Campurkan garam dan gula.  Masak sehingga agak kering dan masukkan daun sup & daun bawang yg dimayang halus.  Gaul sebati dan bolehlah diangkat.  Sejukkan.

Cara-cara membuat kulit karipap:
 1. Satuka bahan A dan uli sehingga sebati.  Bentukkan bulat, jadikan 6 doh kecil
2. Satukan Bahan B dan uli hingga sebati dan licin dan bhgkan kpd 6 doh kecil.
3. Ambil doh biasa canaikan sedikit jgn besar sgt dan letakkan doh Adi atasnya dan balut semula menjadi doh yg besar. Buat sehingga habis keenam-enam doh itu. 
4.  Ambil doh yg telah di jadikan satu tersebut dan terap/canai hingga nipis.  Bonda akak gunakan mesin membuat mee untuk mencanai doh ini.  Biarkan ia menjadi lonjong
5.  Ulangi sekali lagi menggulung seperti tikar.  Buat sehingga habis. 
6. Selepas itu, potong kepada beberapa bahagian yg kecil mengikut saiz karipap yang dikehendakki dan canai nipis. 
7.  Letakkan inti karipap dan kelim tepinya. 
8.  Goreng dalam minyak yg penuh dengan api perlahan.

8 comments:

ijayuji said...

Salam kak! sedapnyerrr karipap pusing! kita tak pandai lagi nak membuat karipap pusing ni tp lain hari nak cuba buat jugak sampai jadik pusingnyer tu hihihi.. lama tak makan! rapuh sgt kan kak :D

Gee® said...

ika >
ermm...rapuh & rangup karipap ni...krap krup krap krup sekejap jer licin... cuma buatnya leceh sikit...

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Gee...
Sedap nyer karipap pusing /pusar...pernah buat sekali..leceh lah & samapi mata naik juling dibuat nyer hehehe tapi hasil nyer mmg sedap rapu & ranggup :)

Gee® said...

Mama Hawa >
ye lah mama, karipap ni makan mmg sedap tp nak buat sgt leceh...

Sheery Dream Cakes said...

Assalamualaikum akak...
sedaaapnya karipap pusing tu akak... diana perna gak buat dulu... dah lama dah... masih daughter kecik lg.. heeheeee... dah 17 thn dah dia skg.. x buat2 lg... hiihiii... diana x reti nak buat secantik tu.. karipap yg akak buat tu sgt cantik... suka2

Gee® said...

Diana > alahai...akak buat inti aje mak yg buatkan kulit yg rangup tu...

Azlita Aziz said...

dah lama tak makan kuih ni..
alahai... sedapnya....

* gee yg tadi gee cakap ada komplot tu kat mana ye?? komplot apa lah pulak tu gee...

Gee® said...

Ita > cer tgk kat sini http://dairidihatiku.blogspot.com/2011/06/ct-tutty-frutty.html

itu cam resipi ita jer... ops sori kalau sy tersilap

HAKMILIK GEE HUT
Designed by UMIESUEstudio 2015