Lompat si katak lompat,
lompat lah tinggi tinggi,
Rapat la adik rapat,
Boleh kita makan kenduri....
haaaaaa.... buat lawak la pulak, sebenarnya mata dah mengantuk ni, tu pasal la merapu meraban jek nih...
Mari kita layan lompat tikam yg sangat sejuk baru keluar dari peti es, yuk...
arrrgghhhh nyamannya . . . .
Lompat Tikam
2 cawan tepung beras
8 cawan air
Pati pandan
2 cawan santan pekat
2 sudu tepung gandum
5 sudu gula merah
2 sudu gula putih
5 sudu air
Secubit garam
Cara-cara:
Langkah 1
Masukkan 8 cawan air ke dalam 2 cawan tepung beras dan masakkan di atas api yang sederhana, masukkan pati pandan dan di kacau sehingga likat. Setelah itu bolehlah di masukkan tepung yang telah likat ke dalam loyang.
Langkah2
Masak santan pekat sehingga likat bersama secubit garam. Masukkan juga 2 sudu tepung gandum. Setelah pekat bolehlah di letak ke dalam loyang tepung beras tadi.
Langkah 3
Masak gula merah dengan secawan air dan gula sehingga pekat. Sos gula merah ini dimakan bersama lompat tikam tadi.
2 comments:
Assalamualaikum akak...
wah nanyi2 lg gitu yer akak.. hehehe ^_^
lompat tikam nie diana lom perna lg buat2... mmg dah lama dok tergoda tgknya... bila ler agaknya dapat buat nie.. tergoda lg tgknya kat dapur akak nie tau
Diana >
cubalah buat & make-up cantik2... akak suka tgk presentation Diana... menarik & menggoda
Post a Comment