Sunday, July 31, 2011

Mini piza

Salam semua... alangkah nyamannya cuaca di pagi hari minggu ini... pagi yg cerah dengan tiupan angin sepoi2 bahasa.... sesekali tersentuh di sudut hati terkenang kampong halaman.... apa khabar agaknya mereka di sana?

Pagi ini sarapan mini piza .... ala2 western gitu... sebenarnya piza ini akak buat semalam untuk anak bujang yg duduk di asrama... akak terlihat roti mayonis dari  nieza nun di finland  tu dan roti heart shape k.nor  ... ermm tergoda dan terus buat... terima kasih kepada para penyumbang resipi ini dan minta halal yer kongsikan resipinya di sini pula...

MINI PIZA gee-hut
resipi : K.Nor@SecubitGaram
rujukan : nieza

380gm tepung high protein (tpg roti)
3 sudu besar susu tepung
80gm gula castor
3 sudu kecil yis segera
1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
100ml air
100gm water roux*
1/2 sudu kecil garam
30gm butter
30gm shortening (akak tak letak)

Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
Biarkan sehingga proses menguli selesai.
Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

Water Roux : (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
30gm tepung gandum
150ml air

Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.

INTI (Dari Turkish Pide)
(akak gunakan inti lebihan dr sandwich goreng...heee)

Bahan Inti pide:
250 g daging cincang
250 g cheese mozarella, dipotong nipis
150 g cheese cheddar, dipotong dadu
2 biji tomato, dipotong dadu
1 biji bawang dipotong dadu
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1/2 sudu teh serbuk cayenne
1/2 sudu teh serbuk hot cajun
1 sudu besar minyak zaitun
3 biji telur
daun sup secukupnya, dipotong halus
garam secukup rasa, serbuk perasa jika suka

yummy..!!

4 comments:

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum akak gee cayang...
nampak sedap ler mini pizza tu akak... meh bg ckit kat diana.. nak juga merasa yg akak buat kan... ;)
salam ramadan akak...

Gee® said...

Diana >
alahai...dh licin dah... Slmt berpuasa Diana

Juwita Jamaludin said...

salam kak.. semakin cantik gambar akak .. good job.. selamat berpuasa kak.. nasib puasa kalau tak nak pizza 2 ketui

Gee® said...

Ita >
alaaa... gmbr biasa2 aje, anyway thanks ita...